October 25th, 2011

Gosip yang disampaikan oleh Murai Batu agak panas juga. Kadang-kadang berjumpa setiap hari, boleh tak sedar telah jatuh cinta. Itulah yang dikatakan telah berlaku antara penyanyi kacak yang masih single, Anuar Zain dengan bekas pengurusnya, Rohila Tahir. Dengar cerita dah lama juga perkara ini berlaku tetapi Anuar menantikan masa yang sesuai untuk bertindak.
Kalau jatuh cinta tapi suka sama suka pasti tak jadi masalah,  tapi mungkin bagi Anuar hubungan mereka sekadar profesional. Diberitahu juga ada sebab-sebab lain yang berlaku beberapa tahun sebelum ini yang menyebabkan keretakan antara mereka. Kalau betul, kami tak hairan sangat sebab setahu kami memang ramai perempuan yang jatuh suka pada Anuar Zain. Harap-harap dia akan bertemu pilihan hatinya tak lama lagi.


Comments are closed.

Loading...