Pengurus IT Jumpa Objek Menyerupai Kapal Terbang Boeing 777 Melalui Gambar Satelit

Trending

Pengurus IT  Jumpa Objek Menyerupai Kapal Terbang Boeing 777 Melalui Gambar Satelit

Pengurus Teknologi Maklumat (IT) bernama Mike Seberger berkata dia mungkin telah berjaya mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang menggunakan gambar satelit beresolusi tinggi.

Misteri: Pengurus IT  Mike Seberger menemui imej ini dengan melayari gambar satelit menggunakan internet.

Imej yang dikesan oleh beliau menunjukkan satu objek berbentuk kapal terbang  di bawah awan Teluk Thailand, salah satu cabang Laut China Selatan.

Advertisement

42 kapal dan 39 pesawat dari 12 negara telah dihantar untuk operasi mencari dan menyelamat–namun setakat ini masih belum menemui pesawat tersebut.

Namun jika pengesanan yang dibuat oleh Seberger adalah betul, dia mungkin telah menyelesaikan misteri yang mendapat perhatian seluruh dunia dan mengejutkan para pakar penerbangan–hanya dari rumah.

Seberger, 47, dari Chicago, Amerika Syarikat, menemui objek misteri itu setelah login ke laman web Tomnod, yang telah memuat naik imej satelit  seluas 1,000 batu persegi sehari selepas kehilangan pesawat tersebut.

Lebih kurang setengah juta  orang dari seluruh dunia telah mendaftar untuk misi online tersebut pada hari pertama dan hampir 100,000 orang menggunakan laman web tersebut setiap minit. Minat orang ramai sangat tinggi, sehinggakan laman web tersebut beberapa kali mengalami masalah server disebabkan trafik yang tinggi.

Laman itu berfungsi dengan memperuntukkan setiap pengguna dengan satu kotak kecil kawasan yang dicari.

Pengguna kemudiannya meneliti kotak tersebut dengan  teliti–satu teknik yang dipanggil ‘carian orang ramai’.

Gambar satelit tersebut di ambil 400 batu dari paras bumi pada 9 Mac dan boleh menangkap imej bagi objek sekecil garisan kotak penalti satu padang bola.

Sekiranya pengguna terjumpa sesuatu yang menarik, mereka menandakan objek tersebut untuk makluman pengurus laman web Tomnod.

Seberger berkata dia hanya mengambil masa beberapa minit untuk menemui objek tersebut, yang dikatakan memiliki dimensi yang konsisten dengan pesawat Boeing 777.

Malaysia Airlines Flight MH370 search map
Luas: Peta ini menunjukkan kawasan carian bagi pesawat MH370 yang telah hilang

 Malam tadi Seberger berkata:

Mula-mula saya abaikan objek tersebut dan cari di kawasan lain dengan berfikir, ‘tak mungkin saya boleh jumpa sesuatu seperti itu dengan begini cepat’.

Kemudian saya asyik melihat kembali objek tersebut, sambil terfikir yang objek tersebut memang menyerupai kapal terbang.

Kecurigaan mula timbul kerana operasi mencari sudah diperluaskan hingga ke perairan di kedua-dua tepi Semenanjung Malaysia setelah sembilan orang saksi mendakwa menyaksikan pesawat yang tidak dikenali terbang rendah.

Salah seorang dari mereka ialah warga New Zealand yang berada di sebuah pelantar berdekatan Vung Tau di selatan Vietnam. Dia telah menghantar e-mel mendakwa dia telah melihat satu ‘objek terbakar’ di udara sejauh 200 batu di laut.

Laporan asal: Mirror UK – http://www.mirror.co.uk/news/world-news/missing-malaysia-airlines-flight-manager-3235818#ixzz2vngE2Cp1

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...