Pengurus Hotel Terpaksa Berniaga Makanan Depan Bangunan Hotel Demi Kelangsungan Perniagaan

Kehidupan

Pengurus Hotel Terpaksa Berniaga Makanan Depan Bangunan Hotel Demi Kelangsungan Perniagaan

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun 2020, ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ini. Tidak kira dalam kalangan siapa pun, semua yang terkesan mencari sumber pendapatan lain demi kelangsungan hidup

Hal ini juga memberi kesan kepada mereka yang membuka perniagaan termasuklah sektor perhotelan.

Advertisement

Memetik laporan Bernama, situasi yang berlaku di George Town, Pulau Pinang dimana seorang Pengurus Hotel Red Rock yang dikenali sebagai Jeffrey Lim melaungkan ‘tiga ringgit.. tiga ringgit..’ sambil  memegang kad manila yang bertulis ‘RM 3 Only’ untuk menarik perhatian pelanggan membeli makanan yang dijualnya di luar bangunan hotel di Jalan Macalister.

Hal ini demikian kerana tiada tempahan pengunjung ke hotel  berikutan PKP dan pihaknya terpaksa mencari sumber pendapatan lain demi menjaga kebajikan kakitangan hotel berkenaan.

Semua makanan yang dijual itu dimasak oleh kakitangannya sendiri antaranya ialah mihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam dengan harga serendah RM 3.

Sehingga kini, ramai individu yang berusaha mencari inisiatif lain untuk menyara diri dan keluarga kerana hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...