Pengurus Dedah Ibu Bapa Serta Adik Alif Satar Kini Disahkan Positif COVID-19

Hiburan

Pengurus Dedah Ibu Bapa Serta Adik Alif Satar Kini Disahkan Positif COVID-19

Selepas mengesahkan dirinya positif COVID-19, kini ibu bapa dan adik penyanyi dan pengacara popular tanah air iaitu Alif Satar juga disahkan positif wabak berkenaan.

Pengurus Dedah Ibu Bapa Serta Adik Alif Satar Kini Disahkan Positif COVID-19

Advertisement

Perkara itu didedahkan sendiri oleh pengurusnya iaitu Adlina Abu Bakar yang mengesahkan dirinya negatif COVID-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.

“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital. Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12. Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.”

Menurut laporan Gempak, ibu bapa Alif iaitu Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim telah membuat ujian saringan pada Sabtu.

Pengurus Dedah Ibu Bapa Serta Adik Alif Satar Kini Disahkan Positif COVID-19

Kata Adlina, Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan negatif Covid-19 pada Ahad.

Namun begitu, isteri Alif iaitu Sha Dila Hadid dan 3 anaknya bakal menjalani ujian saringan hari ini.

“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau sakit. Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat.”

Pengurus Dedah Ibu Bapa Serta Adik Alif Satar Kini Disahkan Positif COVID-19

Terdahulu, Alif telah muncul membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 #SFMM35 pada Jumaat lalu.

Rentetan itu, program yang sepatutnya bersiaran 3 hari berturut-turut bermula Jumaat hingga Ahad itu terpaksa di tunda berikutan masalah yang melanda dan tarikh bagi hari terakhir pusingan kelayakan ke Anugerah Juara Lagu ke-33 itu akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...