Seorang pengurus artis mendakwa telah diperdaya seorang pelakon lelaki sehingga kerugian sebanyak RM30,000 selepas selebriti itu menjanjikan pulangan pelaburan berlipat kali ganda.
Cerita pengurus artis dikenali Izz itu, pelakon lelaki berusia 30-an terbabit sering memberi alasan apabila meminta duitnya dikembalikan.
Saya sudah muak dengan pelbagai alasan diberikan pelakon ini. Kali pertama saya ditawarkan pelaburan ini, dia berjaya mendapat pulangan sekali ganda membuatkan saya percaya untuk melabur kali kedua.
Gambar hiasan
Bagaimanapun, kata Izz kepercayaan itu musnah selepas pelakon terbabit asyik mengelak setiap kali ditanyakan tentang hasil pelaburan berkenaan.
Lebih menyedihkan dia menawarkan saya untuk melabur satu skim pelaburan supaya saya dapat pulangan dengan segera sehingga saya mempercayainya.
Namun, Izz hilang sabar apabila aktor terbabit memberinya pelbagai alasan apabila ditanya tentang pelaburan yang dibuat hampir setahun lalu.
Menurut Izz lagi, dia kini sedang dalam proses mengumpul bukti dan dokumen untuk membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.
Saya difahamkan bukan saya seorang saja yang sudah terkena. Ramai lagi mangsa sudah terpedaya. Saya harap dengan laporan polis yang bakal dibuat akan memberi pengajaran kepada pelakon ini supaya berhenti menipu dan melakukan jenayah ini.
3 months ago
Bekas PA Dedah Artis Wanita Skandal Dengan Suami Orang, Dah Kantoi Tetap Tak Serik - “Pernah Diserang Dengan Isteri Pertama Di Apartmen”