Dilaporkan lebih 10 pengunjung sedang merakam gambar di jambatan gantung di Lata Keding, Jeli. Mereka teruja melihat dengan kewujudan jambatan gantung yang masih dalam pembinaan itu.
Namun, kesudahannya apabila pengunjung-pengunjung tersebut terjatuh ke dalam anak sungai apabila jambatan yang masih dalam pembinaan itu runtuh, lapor Berita Harian.
Insiden berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi melibatkan jambatan gantung sepanjang 40 meter itu dipercayai runtuh kerana gagal menampung kapasiti pengunjung yang berlebihan.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi peranginan itu selepas mendapat makluman mengenai kejadian.
“Mengikut maklumat yang diterima, kira-kira 10 pengunjung sedang berada di atas jambatan gantung setinggi 4.5 meter”
“Tidak lama kemudian, jambatan yang masih dalam pembinaan itu terus runtuh dan menyebabkan semua pengunjung yang berada di atasnya jatuh ke dalam anak sungai”
Bukan itu sahaja, binaan itu juga turut terkena kepada pengunjung yang sedang mandi di sungai.
Notis pemakluman memberitahu bahawa jambatan itu sedang dalam pembinaan sudah ditampal namun masih ada pengunjung yang tidak menghiraukannya.
Beberapa mangsa yang cedera dan sudah dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan.