Pengunjung Diarah Beredar Jika Vaksin Tidak Lengkap

Trending

Pengunjung Diarah Beredar Jika Vaksin Tidak Lengkap

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan tentang kebenaran untuk lakukan aktiviti sukan tertutup (indoor) kecuali gimnasium dan aktiviti sukan terbuka (outdoor) kepada individu yang sudah lengkap dua dos vaksin.

Seperti yang kita tahu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 sebelum ini telah bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Advertisement

3 bulan lalu

Penjarakan Sosial Sukar Dikawal, Polis Tak Teragak Cadang Tutup Pusat Rekreasi

Kelonggaran itu dibuat selepas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun begitu, orang ramai disarankan untuk sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika melakukan aktivti tersebut.

“Orang ramai yang mengunjungi kawasan riadah akan diarah untuk beredar jika tidak lengkap dua dos vaksin,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman Datuk Mastor Mohd Ariff

Menurut sumber daripada BERNAMA, beliau berkata pihak polis telah menggerakkan pasukan pemantau di semua lokasi riadah yang menjadi tumpuan ramai bagi memastikan pengunjung lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 dan patuh prosedur operasi standard (SOP).

Advertisement

Tambah beliau lagi, sekiranya terdapat individu yang berdegil setelah diberi nasihat oleh polis, mereka akan diarah untuk beredar dari kawasan riadah tersebut.

Pihak berkuasa faham rakyat sedang tertekan dan dalam menguatkuasakan undang-undang, sifat kemanusiaan itu penting dalam membantu masyarakat.

Datuk Mastor Mohd Ariff juga berkata, pemantauan mendapati pengunjung di lokasi riadah agak berkurangan semalam yang merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia berbanding pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

“Pihak polis telah mengeluarkan tujuh kompaun pelanggaran SOP dan 46 saman trafik terhadap pengunjung di kawasan air terjun Sungai Pisang,” kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed.

Pengunjung diarah beredar jika tidak lengkap vaksin

Gambar Hiasan – Sumber Google

Menurutnya lagi, kompaun tersebut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan antaranya ialah tiada penjarakan fizikal antara satu sama lain ketika melakukan aktivti riadah tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...