Penggunaan WhatsApp Sebenarnya Baik Untuk Kesihatan

Kehidupan

Penggunaan WhatsApp Sebenarnya Baik Untuk Kesihatan

WhatsApp dan beberapa aplikasi media sosial lain tidak membahayakan kesihatan seperti yang dianggap oleh semua orang sebelum ini.

Satu kajian baru oleh Edge Hill University mendapati menghabiskan waktu berinteraksi dengan kawan dan juga keluarga di dalam WhatsApp adalah sangat baik untuk kesejahteraan psikologi diri seseorang.

Seseorang yang menghabiskan waktu mereka dalam aplikasi sosial dikatakan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak sunyi.

Advertisement

Terdapat perdebatan mengatakan orang yang meluangkan masa mereka menggunakan media sosial adalah tidak bagus untuk kehidupan. Tetapi sebaliknya tidak, menurut Dr Linda Kaye, pensyarah kanan psikologi di Edge Hill University.

Lebih banyak masa anda luangkan di WhatsApp, anda akan rasa lebih dekat dan akrab dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Hubungan anda akan menjadi lebih berkualiti apabila sentiasa berhubung di dalam WhatsApp.

Kajin terdahulu juga mendapati bahawa media sosial boleh memudaratkan kesihatan mental seseorang, seperti pengunaan Facebook, Instagram dan Snapchat.


Terdapat satu kajian pada tahun 2016 oleh University of Copenhagen, ia mendapati pengunaan Facebook akan membuatkan seseorang mempunyai sifat cemburu terhadap kehidupan orang lain, dengan melihat perkongsian di laman Facebook mereka.

Tetapi menurut satu kajian dari University of Pensylvania, 2018, mendapati bahawa orang yang kurang meluangkan masa dalam media sosial dapat mengurangkan kemurungan dan juga kesepian.

Kajian terbaru yang dijalankan terhadap 200 penguna media sosial mencadangkan perbualan dalam talian secara berkumpulan atau individu akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sokongan hidup.

Ini telah menunjukkan bahawa teknologi sosial seperti WhatsApp boleh merangsang sesebuah perhubungan dan memberi peluang untuk berkomunikasi.

Ia juga akan meningkatkan tahap kesejahteraan kehidupan seseorang di di dunia ini.

Jadi tak salah anda menggunakan WhatsApp untuk berborak, tetapi jangan silap waktu gunakanya nanti terganggu waktu kerja bila khusyuk mesej orang.

Sumber: INDEPENDENT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...