“Pengunaan Soket 240V Dalam Kenderaan Awam Bahaya, Galakkan Guna USB Kerana Lebih Selamat” – Profesor UKM

Gaya Hidup

“Pengunaan Soket 240V Dalam Kenderaan Awam Bahaya, Galakkan Guna USB Kerana Lebih Selamat” – Profesor UKM

Sedia maklum, beberapa hari lalu tular kes kematian seorang remaja di dalam sebuah bas kerana mengecas telefon bimbit dengan menggunakan soket yang telah disediakan.

Bahaya guna soket 240V dalam kenderaan awam

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Prof Dr Sawal Hamid Md Ali dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina berkata penggunaan soket 240 voltan (V) untuk mengecas dalam kenderaan awam lagi bahaya berbanding pengecas mudah alih (USB).

Advertisement

soket 240v dalam bas

Profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut berkata soket dengan jumlah itu sama seperti di rumah yang berupaya menghasilkan renjatan elektrik jika berlaku litar pintas.

Sebaliknya, penggunaan pengecas mudah alih (USB) dengan nilai hanya 5V lebih selamat digunakan di dalam kenderaan awam kerana tidak mendatangkan masalah susulan voltannya yang rendah.

Faktor-faktor kematian seorang remaja guna pengecas dalam bas

Dalam pada itu, Dr Sawal turut memberi beberapa faktor bagaimana insiden membabitkan kematian remaja itu dan antaranya, barangkali pemasangan tempat pengecas menggunakan soket 240V tidak melalui piawaian atau pengiktirafan Institut Piawaian Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Selain itu, faktor pengecas mungkin rosak hingga tidak dapat membuat isolasi di antara kemasukan voltan tinggi 240V dan voltan keluaran rendah 5V, hingga menyebabkan voltan tinggi boleh melepasi dan sampai ke pengguna.

soket 240v dalam bas

Kata Dr Sawal kepada pihak Berita Harian lagi, tempat pengecas di dalam kenderaan awam selamat digunakan jika disediakan dengan mematuhi piawaian tertentu atau tersedia oleh pengeluar kenderaan.

Saya lebih menggalakkan untuk tempat mengecas yang dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan menggunakan USB kerana ia lebih selamat.

netizen berang bekas suami jahidah masih bebas
2 months ago

Belasah Sampai Koma & Terbaring, Anak Pula Disahkan OKU... Netizen Bengang Bekas Suami Jahidah Masih Bebas -”Jantan Tak Guna Tu Boleh Kahwin Lain...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...