Pengunaan RFID Sepenuhnya, Adakah TnG dan SmartTAG Akan Dimansuhkan Terus? Ini Jawapan PLUS

Berita

Pengunaan RFID Sepenuhnya, Adakah TnG dan SmartTAG Akan Dimansuhkan Terus? Ini Jawapan PLUS

Mesti ramai pengguna lebuh raya ketika ini yang tertanya-tanya sama ada pihak PLUS akang menghentikan sepenuhnya penggunaan kad TnG dan SmartTag setelah syarikat terbabit mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan aplikasi RFID sepenuhnya di semua plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan laluan Skudai-Juru.

Difahamkan, perlaksanaan ini akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya pada 15 Januari 2022 nanti.

Advertisement

PLUS MALAYSIA

Sehubungan itu, ramai pengguna berasa keliru dan bimbang jika TnG dan SmartTag tidak lagi boleh digunakan. Ianya semakin mengelirukan apabila ada pihak memaklumkan bahawa hanya pembayaran tol RFID sahaja yang boleh digunakan selepas 15 Januari nanti.

Enggan mengelirukan pengguna, pihak PLUS dalam sebuah kenyataan tampil mengesahkan bahawa kad Touch ‘n Go serta SmartTag masih dapat digunakan oleh semua pengguna jalan raya selepas 15 Januari nanti.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail di mana dia memberitahu bahawa RFID hanya merupakan sebuah pilihan tambahan buat pengguna di luar sana.

Ujar Azman, pengenalan RFID adalah sebagai salah satu langkah awal sebelum pengguna beralih kepada pembayaran tol tanpa kehadiran plaza tol pada masa akan datang.

Tag pelekat RFID boleh diperoleh di 39 pusat pemasangan di seluruh Semenanjung Malaysia dan tag Touch ‘n Go RFID juga boleh didapati secara atas talian menerusi Touch ‘n Go eWallet atau portal Touch ‘n Go untuk pemasangan sendiri.

Selain itu, Ikuti perkembangan terkini keadaan banjir di kawasan terjejas tragedi bencana alam itu untuk informasi anda semua.

3 years ago

"Dengan Seikhlas Hati, Saya Halalkan" - Pengarah Urusan MYDIN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : ENGEAR.TV

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...