Pengumpul Tegar Hot Wheels Ini Ingin Menjual Koleksi Peribadi Sebanyak 20,000 Model Demi Melangsaikan Hutang

Kehidupan

Pengumpul Tegar Hot Wheels Ini Ingin Menjual Koleksi Peribadi Sebanyak 20,000 Model Demi Melangsaikan Hutang

Tidak semua mampu untuk menjadikan koleksi Hot Wheels sebagai satu hobi kerana faktor kewangan dan masa yang dihabiskan untuk hobi ini. Berbeza pula dengan kisah pengumpul tegar Hot Wheels ini kerana kini dia ingin menjual kesemua koleksinya sebanyak 20,000 model.

Walaupun bukan kerana kerelaan hati namun Muhammad Amsyar terpaksa melepaskan koleksi peribadinya demi melangsaikan hutang peribadinya. Melalui perkongsian yang dilakukan di Facebook, semua koleksi yang ingin dijual adalah koleksi peribadi yang dikumpulnya selama lima tahun menetap di USA.

Advertisement

Kesemuanya itu adalah koleksi yang dibeli olehnya sendiri daripada pengumpul, flea market, antique mall dan lain-lain. Beliau mengumpul sedikit demi sedikit sehinggalah kini sebanyak 20,000 model dalam koleksinya.

“Kebanyakkannya koleksi saya adalah hot wheels lama-lama..bukan sahaja hot wheels, ada juga nascar vintage,matchbox vintage dan lain-lain..kebanyakkannya adalah hot wheels vintage.”

koleksi hot wheels dalam kotak
koleksi hot wheels dalam kotak
koleksi hot wheels dalam kotak
Menurutnya lagi, beliau tidak menjual di dalam kuantiti yang sedikit sebaliknya mencari pembeli yang sanggup membeli dalam kuantiti yang besar. Selama ini beliau bukan hanya menjadi pengumpul malah turut menjual koleksi Hot Wheels dengan menghantarnya ke Malaysia.

Dari 2015 lagi saya telah beli hot wheels dengan kuantiti yang banyak dari sini dan shipping ke Malaysia melalui kontena. Memang boleh dikatakan saya pioneer bawa masuk hot wheels dari USA ke Malaysia dalam kuantiti yang banyak sejak 2015. Dan dari 2015-2019 kalau di ikutkan rekod saya, telah lebih 230,000 model hot wheels telah saya beli.

Hobinya ini bukan sahaja sebagai kepentingan peribadi namun beliau juga turut membantu peniaga-peniaga di Malaysia untuk mendapatkan koleksi terbaik dari USA. Melalui perkongsiannya di Facebook itu, ada yang memaklumkan bahawa koleksinya ini adalah yang terbesar di Malaysia.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...