Tidak semua mampu untuk menjadikan koleksi Hot Wheels sebagai satu hobi kerana faktor kewangan dan masa yang dihabiskan untuk hobi ini. Berbeza pula dengan kisah pengumpul tegar Hot Wheels ini kerana kini dia ingin menjual kesemua koleksinya sebanyak 20,000 model.
Walaupun bukan kerana kerelaan hati namun Muhammad Amsyar terpaksa melepaskan koleksi peribadinya demi melangsaikan hutang peribadinya. Melalui perkongsian yang dilakukan di Facebook, semua koleksi yang ingin dijual adalah koleksi peribadi yang dikumpulnya selama lima tahun menetap di USA.
“Kebanyakkannya koleksi saya adalah hot wheels lama-lama..bukan sahaja hot wheels, ada juga nascar vintage,matchbox vintage dan lain-lain..kebanyakkannya adalah hot wheels vintage.”
Dari 2015 lagi saya telah beli hot wheels dengan kuantiti yang banyak dari sini dan shipping ke Malaysia melalui kontena. Memang boleh dikatakan saya pioneer bawa masuk hot wheels dari USA ke Malaysia dalam kuantiti yang banyak sejak 2015. Dan dari 2015-2019 kalau di ikutkan rekod saya, telah lebih 230,000 model hot wheels telah saya beli.
Hobinya ini bukan sahaja sebagai kepentingan peribadi namun beliau juga turut membantu peniaga-peniaga di Malaysia untuk mendapatkan koleksi terbaik dari USA. Melalui perkongsiannya di Facebook itu, ada yang memaklumkan bahawa koleksinya ini adalah yang terbesar di Malaysia.
Sumber: Facebook