Penguatkuasa Korup Beri ‘Perlindungan’ Kenderaan Muatan Berat Cecah Jutaan Ringgit – “Pelekat Burung Helang Berserta Kod Tertentu”

Berita

Penguatkuasa Korup Beri ‘Perlindungan’ Kenderaan Muatan Berat Cecah Jutaan Ringgit – “Pelekat Burung Helang Berserta Kod Tertentu”

Di sebalik operasi penguatkuasaan trafik, terdapat sebuah sindiket yang licik yang menjual pelekat “perlindungan” kepada pengendali lori berat bagi mengelak denda dan pemeriksaan.

Dengan harga serendah RM1,000 setiap pelekat, pemandu lori kini boleh membeli “imuniti” untuk memastikan perjalanan mereka berjalan lancar meskipun melanggar peraturan.

Advertisement

Menurut laporan Utusan Malaysia dan NSTP, pelekat tersebut dilengkapi dengan kod unik dan reka bentuk khas untuk memberi isyarat kepada pegawai penguatkuasa yang rasuah bahawa lori itu telah membayar “perlindungan.”

Lori muatan berat

Sumber : Kosmo Online

Pelekat ini biasanya dipasang pada bahagian lori dan berfungsi sebagai “pasport” untuk mengelakkan pemeriksaan, walaupun lori tersebut membawa muatan berlebihan atau melakukan kesalahan lain dan harga pelekat bergantung kepada berat kenderaan dan lokasi operasi.

Seorang wakil pemandu lori yang enggan dikenali mendedahkan bahawa sindiket ini dipercayai melibatkan pihak dalam agensi penguatkuasaan.

Sindiket ini boleh mendapat sehingga RM10,000 sebulan daripada seorang pengendali lori. Jika mereka ada 10 lori, itu bermakna RM100,000 sebulan. Bayangkan kalau ada 10 pengendali di satu kawasan, keuntungan mereka boleh mencecah jutaan ringgit.

Pelekat tersebut sering dihiasi dengan simbol seperti burung helang bersama kod tertentu. Namun, “perlindungan” ini tidak mutlak.

Lori muatan berat

Jika lori beroperasi di luar kawasan asal pelekat itu, pengendali perlu berunding semula dengan sindiket di kawasan tersebut.

Apabila anggota sindiket atau pegawai penguatkuasa melihat pelekat ini, mereka akan tahu bahawa lori tersebut telah membayar untuk mendapatkan “perlindungan.”

Sebagai contoh, jika pemandu biasanya beroperasi di Klang tetapi tiba-tiba masuk ke Petaling Jaya, pelekat itu tidak laku. Pengendali perlu bayar sindiket Petaling Jaya untuk mendapat imuniti di situ.

Lori muatan berat penguatkuasa korupSumber : Utusan Malaysia  

Perkhidmatan pelekat ini jauh lebih mahal berbanding penggunaan tonto – pemberi maklumat haram yang memberi amaran tentang sekatan jalan raya.

Ini dah berlaku bertahun-tahun. Selagi pelekat itu ada, lori boleh lepas sekatan jalan raya tanpa masalah, walaupun melanggar undang-undang.

Namun, pelekat ini dianggap lebih “efisien” kerana memberikan imuniti sepenuhnya kepada lori berat. Setakat ini, perkhidmatan pelekat “perlindungan” hanya digunakan oleh lori berat seperti treler dan lori tipper. Pengendali teksi dan kenderaan persendirian tidak terlibat dalam sindiket ini.

KLCC kuil freemason
17 hours ago

Individu Dakwa Seni Bina KLCC Ada Kaitan Dengan Kuil Freemason

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...