Pengsan Selepas Membuat Persembahan : Siti Sarah Nafi Terkena Sihir

Hiburan

Pengsan Selepas Membuat Persembahan : Siti Sarah Nafi Terkena Sihir

Pengsan selepas membuat persembahan pada minggu ke 4 Gegar Vaganza 3 baru-baru ini, ada yang mendakwa Siti Sarah terkena perbuatan sihir.

Advertisement

Enggan orang ramai terus berspekulasi, Sarah menafikan khabar angin berkenaan dan memberitahu beliau pengsan kerana badannya terlalu lemah.

Tidak ada kena-mengena dengan perkara mistik. Apa yang disebarkan itu hanya cakap-cakap orang. Kalau nak tahu, ia berpunca daripada sikap saya yang lalai. Disebabkan terlalu sibuk, saya terlupa nak makan.

Persembahan lagu duet bersama Rahmat Mega menerusi lagu Bunga Angkasa memerlukan tenaga yang banyak ditambah lagu itu bernada tinggi. Mungkin disebabkan saya berhabis dalam menyampaikan lagu itu menyebabkan saya pengsan.

Mengakui beliau percaya dengan perkara mistik seperti sihir, beliau bagaimanapun tidak mahu memikirkan perkara berkenaan. Malah, Sarah percaya mereka yang bertanding didalam GV 3 tidak kejam untuk melakukan perbuatan sihir.

Saya percaya perkara sebegitu memang wujud tetapi dalam pertandingan ini saya tak yakin ada yang sanggup berbuat sedemikian. Apa pun yang orang perkatakan saya tak nak ambil serius kerana apa yang lebih penting adalah suara saya.

Kami juga percaya perbuatan sihir itu wujud tetapi kita tidak boleh membuat andaian sendiri. Alhamdullillah, Siti Sarah sudah pun pulih bukan? Doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : sharpshooter_photographer

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...