Pengsan Ketika Menyanyi Di Big Stage, Baby Shima Dikejarkan Ke Hospital

Hiburan

Pengsan Ketika Menyanyi Di Big Stage, Baby Shima Dikejarkan Ke Hospital

Insiden salah seorang peserta pertandingan realiti, Big Stage iaitu Baby Shima yang tiba-tiba pengsan sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara bukanlah gimik semata-mata tetapi ia benar-benar berlaku.

Advertisement

Pengacara rancangan tersebut Aliff Satar dan Sherry Alhadad serta penonton turut terkejut dengan apa yang berlaku. Keadan menjadi sedikit kelam-kabut, namun pihak penerbit bertindak agak pantas juga memanggil pasukan perubatan.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu pengacara program memaklumkan Baby Shima telah sedarkan diri.

Difahamkan, Baby Shima pengsan kerana terlalu penat dan mempunyai jadual kerja yang agak padat. Meskipun badannya terasa lemah, beliau tetap ingin meneruskan persembahan untuk memenuhi komitmen beliau di Big Stage.

Advertisement

Menurut pihak pengurusannya, penyanyi itu kini berada dalam keadaan baik. Harapnya Baby Shima mendapat rehat yang secukupnya dan kami mendoakan agar beliau terus diberikan kesihatan yang baik.

Sumber Berita & Video : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

15 Comments

  1. NeyNips

    August 15, 2018 at 9:45 pm

    Nak kawan dgn sexy Tak? Hehe

  2. kebabombedah

    August 15, 2018 at 9:58 am

    mcm siaran tv indonesia plak retis pengsan atas stage dalam program live!
    propah sangat! chinggggg

  3. seddddihhhhh

    August 14, 2018 at 3:14 pm

    retis lain tu lebih pfofular…lebih byk job… x de pon nak fengsan bagai…..uolllllls

  4. wina

    August 14, 2018 at 10:22 am

    nasib baik allah bg pengsan je masa menyanyi. kalau Allah cabut nyawa masa menyanyi.. nauzubillahhh

  5. Plsdontsueme impoor i jist wanna a

    August 13, 2018 at 11:10 pm

    Was..first time dengar local talent overwork..I’m impressed.really. sbb slluny retis kpop je yg sllu overwork plus diet namatey smpai pengsan n kene IV bgai.

Loading...