Pasangan Nazim Othman dan Bella Dally merupakan pasangan yang menjadi bualan ramai minggu ini. Perkahwinan mereka juga mencuri tumpuan ramai. Kata orang mereka berdua ini sama cantik sama padan.
Menurut Nazim, pengorbanan serta kesetiaan  Bella sewaktu beliau di uji dengan kesakitan sebelum ini dan sikap wanita itu yang cukup baik hati membuatkan Nazim yakin untuk memperisterikannya.
Dia ‘hero’ saya kerana sangat bertoleransi. Pengorbanan dan kesetiaannya buat saya yakin dia jodoh saya.
Bella gadis yang sangat istimewa, dia sahaja boleh faham dan tahan dengan saya. Lebih terharu apabila dia sentiasa ada di saat susah senang termasuk ketika saya terlantar di hospital.
Berbicara mengenai zuriat pula, Nazim berkata mereka tidak mahu terlalu merancang dan menyerahkan soal itu kepada Allah SWT.
Kami belum ada sebarang perancangan namun andai ada rezeki dalam masa terdekat, kami bersyukur. Anak adalah rezeki dan anugerah terindah, jadi kami terima dengan hati terbuka.
Pada masa yang sama, Nazim menjelaskan beliau sama sekali tidak akan menghalang Bella untuk terus aktif berlakon selepas berkahwin. Nazim yakin isterinya pandai menjaga dirinya dan akan terus menyokong minat Bella.
Kami akan bekerja seperti biasa dan saya akan terus menyokong apa yang Bella suka. Saya juga tidak meletakkan sebarang syarat kerana tahu dia pandai jaga diri.
Buat masa ini juga, pasangan ini belum lagi memilih lokasi untuk berbulan madu kerana Nazim belum selesai menjalani penggambaran drama  100 episod Lara Aishah yang sedang ditayangkan di Astro Prima.
Untuk memilih teman hidup, kita harus mengenali dahulu hati budinya. Adakah seseorang itu sanggup susah dan senang bersama ataupun sebaliknya. Rupa paras yang cantik adalah satu bonus, tetapi keindahan hati adalah segala-galanya.