August 7th, 2015

Pada zaman telefon pintar dan pelan Internet tersedia seperti sekarang, ramai orang mempunyai akses kepada kamera pada bila-bila masa. Tak perlu pula menggunakan filem dan gambar juga tidak perlu dicuci, tetapi boleh dikongsikan dengan orang ramai sehingga menjadi viral.

Anuar Zain, 45, yang diketahui tidak mempunyai akaun media sosial bagaimanapun, mengetahui bahawa ramai peminatnya mencuri ambil gambarnya dan dikongsikan tanpa kebenaran darinya ketika dia sedang melakukan aktiviti hariannya.

Dia memberitahu mStar Online bahawa baginya, perkara ini menceroboh privasi dan mengancam keselamatannya apabila lokasi dia berada pada satu-satu masa didedahkan kepada umum.

Tindakan seperti ini boleh dikatakan tidak beradap kerana jika ada orang yang cuba nak buat khianati, mereka dengan mudah tahu lokasi saya berada.

Kalau nak ambil gambar saya boleh tetapi perlu beritahu dan minta kebenaran. Jangan ambil gambar saya curi-curi dan dedahkan di laman sosial maklumat terperinci seolah-olah anda duduk di sebelah saya.

Perkara ini selalu terjadi dan saya risau kerana kebiasaan saya makan di sesuatu tempat seorang diri, tanpa kawan.

Anuar juga menerangkan dia tidak aktif di laman sosial kerana tidak mahu menjadi mangsa kecaman ‘pejuang kekunci’ (keyboard warriors).

Tidak aktif di media sosial tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan dunia semasa. Bagi saya “up to date” bukan hanya di teknologi terkini tetapi juga daripada sudut pemikiran terhadap isu semasa.

Biarlah saya tiada laman sosial dan mereka kurang sedikit dosa untuk mengutuk atau bercakap buruk tentang artis.

Kata Anuar, dia juga tidak pernah membaca dan mengambil tahu tentang pandangan buruk segelintir pihak terhadapnya di laman-laman sosial.

Tambahnya, perkara-perkara tersebut hanya mengundang pengaruh negatif yang seterusnya boleh melemahkan moral individu yang membacanya.

Mereka yang selalu beri kritikan di media sosial ini pengecut. Bagi saya mereka mempunyai masalah dalam diri sendiri dan keluarga mereka.

Jadi mereka akan cari kesalahan orang lain untuk menutup apa yang berlaku terhadap diri mereka sendiri.

Satu kenyataan yang berani oleh Anuar Zain, namun pada pendapat kami, apa yang diperkatakan oleh Anuar itu ada kebenarannya. Atas sebab itu, dia lebih suka jika tidak aktif di media sosial dan fokus pada kerjayanya saja. Bagus juga, ya tak? Kadang-kadang bila selebriti overshare gambar di media sosial, jadi pula kontroversi.

Heyya!!!! Now we're officially on instagram,,,,so le'ts check it out!!!!!#mymask2015 #mimaf2015 #mask #senibudaya #kakiseniFollow us on instagram mimaf2015

Posted by Malaysia International Mask Festival on Wednesday, 5 August 2015


Comments are closed.

Loading...