Penginapan Kabin Berkonsepkan Dalam Kampung Ini Menarik Perhatian Pengunjung

Travel

Penginapan Kabin Berkonsepkan Dalam Kampung Ini Menarik Perhatian Pengunjung

Kredit – mamakembartiga.com

Bila berjalan jauh untuk bercuti ni, mesti ada yang rasa klise kalau sekadar menginap di hotel, kan? Sekali-sekala nak juga kelainan.

Kami cadangkan satu tempat special untuk anda yang inginkan percutian santai, selesa dan penuh privasi. Pernah rasa menginap dalam kabin? Kawasan yang sunyi dan menenangkan! Jom ushar!

Advertisement

Tempat yang kami maksudkan adalah Homestay Kontena.

Seperti namanya, homestay ini terletak dalam sebuah kampung di Bukit Katil, Melaka. Memang takkan sangka akan ada tempat percutian cool macam ni di tengah-tengah kawasan kampung tu!

Walaupun namanya kabin, jangan salah sangka sebab dalamnya sangat luas dan selesa.

Pelbagai kemudahan disediakan dalam ni, antaranya katil bersaiz Queen, sofa, penghawa dingin, tuala bersih, telekung, alatan mandian dan banyak lagi. Televisyen lengkap dengan Astro. Wifi pun ada tau!

Teringin untuk menginap di penginapan yang berkonsepkan modern & santai? Pastinya mereka yang mencari-cari penginapan seperti ini akan teruja untuk menginap di Homestay Kontena Melaka.

Homestay ini di dirikan menggunakan badan kontena dan mempunyai 2 tingkat. Pemandangan suasana kampung sangat sesuai untuk mereka yang ingin bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga.

Nak mandi-manda?

Di Homestay Kontena ini ada di sediakan swimming pool khas untuk guest Homestay Kontena Melaka! Jika rasa malas nak mandi-manda di swimming pool, anda boleh bersantai di tingkat atas kontena sambil menghirup udara segar. Sungguh nyaman!

Lokasi Homestay Kontena Melaka ini juga sangat strategik! Terletak di Bukit Katil, Melaka.

Ianya hanya 5km dari tol Ayer Keroh dan 7km ke Pusat Bandar Melaka. Menjadi tumpuan para pelancong kerana berdekatan dengan MITC, Zoo Melaka, Taman Buaya, Bayou Water Park & Gold Cost Melaka.

Untuk penginapan selama 2 hari 1 malam bagi satu unit Homestay Kontena Melaka adalah seperti berikut :

Weekdays : Rm150
Weekend /Public Holiday/School Holiday : Rm180

Antara kemudahan yang terdapat di dalam setiap unit Homestay Kontena :

1. Katil Queen
2. Sofa Bed
3. Toilet & Water Heater
4. Aircond
5. Tv
6. DVD Player
7. Astro Beyond
8. Wifi

Menarik kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...