Pengilang Tempatan Durio Menghasilkan Pelitup Muka Edisi Terhad

COVID-19

Pengilang Tempatan Durio Menghasilkan Pelitup Muka Edisi Terhad

Seperti mana yang diketahui, mulai 1 Ogos, rakyat Malaysia telah diwajibkan untuk memakai pelitup muka ataupun “face mask” apabila berada di tempat awam. 

Sebuah syarikat tempatan, Durio PPE Sdn Bhd kini telah mengeluarkan produk pelitup muka tempatan yang mampu mengeluarkan 240 juta keping pelitup muka setiap bulan.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, Durio PPE Sdn Bhd merupakan pengeluar ataupun pengilan pelitup muka dan fabrik melt blown. Melt blown merujuk kepada lapisan asas alat pelindung diri dengan teknologi terkini.

Tambahan pula, Durio PPE Sdn Bhd kini telah bekerjasama dengan syarikat tekemuka dunia dan menggunakan polipropilena tulen 100%. Ini bermaksud, dengan teknologi melt blown dan kerjasama bersama syarikat terkemuka dunia ini, ia mampu menghasilkan bahan melt blown yang lebih berkualiti.

Sempena Hari Kebangsaan ke-63, Durio PPE Sdn Bhd mengeluarkan edisi terhad topeng muka bercorak Hari Kebangsaan yang berharga hanya RM29.95 sekotak (50 keping pelitup muka)

Pelitup muka ini boleh dibeli secara online di Lazada atau di Youbeli.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...