Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid menerima kecaman tidak berhenti-henti dari Netizen sejak dua hari lepas kerana keputusan Ude Wahid untuk meneruskan proses lafaz cerai setelah memfailkannya pada 30 November 2017.
Dalam pada itu, isteri pertama Ude membuat luahan di Instagram mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kelima terhadap Ude, walaupun mengetahui dia bakal diceraikan.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sebelum ini, Izreen pernah mengakui pintu hatinya diketuk bagaimanapun pernah menafikan lelaki dalam hidupnya yang dirujuk sebagai Mr R (Ude) ialah suami orang. Dalam laporan pada November 2017 itu, Izreen mendakwa mengenali lelaki itu sejak hujung 2016 dan menganggap Ude sebagai kawan gaduh, gembira, susah dan senang.
Mengikut carian penulis, Intan mendedahkan kepada umum Ude telah berkahwin dengan Izreen secara rahsia tiga bulan sebelumnya pada 30 November, dan pada hari yang sama juga Ude telah memfailkan perceraian terhadap Intan.
Pemfailan perceraian ini bagaimanapun dirahsiakan dari umum, malah Izreen dalam rakaman yang disiarkan pada 3 Disember 2017 (Ahad) Melodi TV3 meminta Intan untuk berbaik dan menjaga suami mereka berdua bersama-sama.
Ude juga dalam siaran Melodi yang sama meminta Netizen memberinya ruang untuk menjalankan tugas sebagai suami kepada kedua-dua isterinya.
Adakah Izreen tahu bahawa Ude telah memfailkan perceraian semasa Melodi menemu ramahnya? Ini tidak dapat dipastikan dan in juga menjadi persoalan Netizen.
Bagaimanapun, melalui pengakuan video semasa dia dan Ude hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, untuk menguruskan proses lafaz cerai, Intan memberitahu kepada mStar Online bahawa dia dan Izreen sebenarnya tidak pernah bertemu.
Intan memberitahu dia pernah mesej Izreen hanya sekali memberitahu dia menerima Izreen menjadi madunya dari hati yang ikhlas. Tetapi Ude tidak lagi pulang ke rumah yang didiami Intan sejak dia mengetahui Ude telah berkahwin dengan Izreen iaitu sekitar pertengahan November.
Walaupun mengakui masih sayangkan Ude dan tidak tahu sebab sebenar dia ingin diceraikan, dia reda dengan keputusan Ude untuk meneruskan proses perceraian mereka.
Bagaimanapun, Ude dan Intan masih belum bercerai kerana mahu berbincang mengenai hak penjagaan anak dan nafkah terlebih dahulu yang akan diputuskan mengikut budi bicara tanpa melalui lunas mahkamah, justeru, sebutan kes akan dibuat semula 22 Mac ini. Intan memberitahu dia ada meminta Ude untuk berjumpa dan berbincang semasa mereka sama-sama di Mahkamah Syariah, bagaimanapun Ude menolak untuk bertemunya.
Mungkin disebabkan menerima terlalu banyak kecaman Netizen, kini Izreen dan Ude didapati telah nyahaktif akaun Instagram mereka sejak semalam. Walaupun begitu, Netizen tidak berputus asa dan ‘menyerang’ akaun Instagram Zatee Hijab yang mengambil Izreen sebagai duta. Netizen memberitahu akan memboikot kesemua produk yang menggunakan Izreen sebagai duta dan tidak akan menonton drama lakonan Izreen sehinggakan Zatee Hijab terpaksa mematikan fungsi komen.
Kepada Berita Harian, Intan menerima hakikat dirinya bukan wanita terbaik bagi Ude, setelah lima tahun usia perkahwinan mereka:
Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang.
Sebelum ini, memang saya tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Kini, saya harus bermula dari kosong.
Begitupun saya ada juga membuat perniagaan kecil-kecilan dalam talian, dengan menjual minyak wangi dan jamu. Insya-Allah, bulan ini saya akan lancarkan produk penjagaan bibir pula.
Selepas ini, memang saya kena berdikari. Saya juga akan mencuba nasib mengikuti uji bakat untuk berlakon iklan.
Antara komen menarik Netizen di Facebook BeautifulNara:
Kau ambil janda jadikan isteri, kemudian isteri kau sendiri kau jadikan janda.
Kau lengkapkan keluarga janda jadi bapa anak orang lain, kemudian jadikan keluarga sendiri tidak lengkap lagi.
Tinjauan penulis mendapati pengikut Instagram Intan Liana yang berjumlah 29,000 sebelum ini, kini telah bertambah kepada 64,900 pengikut. – beautifulnara.com