Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pengikut Instagram Saya Naik Lepas Buka Tudung – Uqasha Senrose

Pada awalnya, ramai yang tidak boleh menerima keputusan Uqasha Senrose untuk membuka hijab. Teruk juga Uqasha dikecam dan dilabel macam-macam oleh netizen.

Advertisement

Namun, selepas empat bulan berlalu, hal berkenaan nampaknya tidak lagi menjadi satu isu besar apabila Uqasha akui jumlah pengikutnya di Instagram semakin bertambah. Malah, tiada lagi kata-kata negatif yang dilemparkan kepada Uqasha.

Saya gembira sekarang saya jadi diri sendiri. Saya sekarang buat apa yang saya suka. Pengikut saya di Instagram naik mendadak. Itulah, mereka kutuk-kutuk (saya), tetapi ikut.

Sekarang dah sampai dua juta [pengikut di Instagram]. Dulu 1.2 juta saja. Yang bercakap banyak itulah yang ikut saya.

Baru-baru ini juga , Uqasha ada bertindak untuk menutup ruangan komen di Instagramnya tetapi kini ia sudah dibuka semula.

Advertisement

Menurut Uqasha, beliau membuat keputusan untuk menutup ruangan komen berkenaan sebelum ini kerana tidak tahan dengan komen “haters”.

Dulu saya tutup ruangan komen sekejap sebab saya tak tahan dengan mulut haters. Jadi sekarang saya tak kisahlah orang nak cakap apa.

Baik kita sekat mereka daripada kita sakit mental dan sakit hati bila baca. Sekarang sudah kurang yang membenci. Mereka boleh terima. Dah macam biasa balik dah.

Advertisement

Biasalah tu, bila isu sedang hangat pasti ia akan menjadi perhatian semua orang dan banyak  pihak yang akan mengkritik.  Walaubagaimanapun, satu hari nanti mereka akan berhenti juga jika tidak dilayan.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top