Dipilih untuk membawa watak heroin dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, pelakon baru Shasha Abedul dikritik sesetengah netizen yang beranggapan bahawa dia tidak layak membawa watak berkenaan.
Ini berikutan bahawa Shasha,23, dikatakan tidak memiliki jumlah pengikut yang ramai di Instagram dan tidak layak diangkat sebagai pelakon utama dalam drama tersebut.
Malah, dia juga telah dituduh menggunakan orang dalam hanya untuk membawa watak utama dalam drama itu.
“Ada seorang individu pertikaikan tentang benda ni dan tanya kenapa saya ditawarkan sebagai heroin sedangkan pengikut di Instagram tak ramai..sampai kena tuduh guna orang dalam!”
Namun, Shasha tidak mahu menggunakan isu tersebut kerana dia beranggapan dirinya bertuah kerana pihak produksi melihat pada bakat lakonannya dan telah memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan bakat terpendam.
“Soal pemilihan pelakon ini pada saya bergantung pada rezeki, tak boleh nak cakap jumlah follower sebagai alasan. Ada saja pengikut sikit tapi job banyak..semuanya berbalik pada individu dan situasi mesti ada sebab mereka dipilih berlakon.”
Dia yang ditemui di set penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta turut dibintangi beberapa barisan pelakon lain seperti Ismail Izzani, Cik B, Shalma Eliana dan ramai lagi.
Drama tersebut bakal menemui penonton pada Oktober ini di Slot Lestari, TV3.
Sumber: mStar Online