Pengikut Dah Cecah 18 Ribu! Bapa Tak Kisah Sekiranya Kanak-Kanak Mirip Neelofa Ceburi Bidang Hiburan

Hiburan

Pengikut Dah Cecah 18 Ribu! Bapa Tak Kisah Sekiranya Kanak-Kanak Mirip Neelofa Ceburi Bidang Hiburan

Tak sangka tuah adik Che Naura Auni yang seiras dengan selebriti terkenal iaitu Neelofa ini kerana akhirnya dapat juga berjumpa dengan artis kegemarannya itu menerusi rancangan MeleTOP beberapa hari lepas.

Kanak-kanak ini mula tular di serata media sosial selepas sepupunya memuat naik gambar Naura di laman Twitter dan seterusnya meraih perhatian Neelofa yang turut mengakui bahawa kanak-kanak itu kelihatan sepertinya.

Advertisement

naura auni mirip neelofa

Selepas daripada pertemuan mereka, adik Naura jelas tidak dapat menyorokkan rasa gembiranya sehinggakan walaupun sudah kembali ke rumah, dia masih lagi bercerita tentang kakak Neelofa. Habis dicanang ke semua sepupunya!

Dia memang gembira. Masa dalam kereta lepas balik dari program tu, dia cakap seronok dapat jumpa Neelofa. Sampai rumah pun dia bercerita hal sama pada sepupu-sepupu.

Che Fahdlullah (32) menganggap ia adalah rezeki anaknya kerana kanak-kanak berusia 5 tahun itu sudah sekian lama menyatakan hasrat untuk bertemu dengan selebriti popular tersebut.

naura auni mirip neelofa

Ayahnya juga tidak menolak takdir sekiranya anak perempuannya itu bakal menjadi artis suatu hari nanti.

Saya pun bukan kerja bagus, kerja kilang sahaja. Kalau ada orang bagi tawaran berlakon, jadi model atau iklan, saya tak tolak.
Tapi janganlah sampai ia menjejaskan Naura, sebab dia masih kecil. Tapi saya anggap rezeki, untuk simpanan masa depan dia juga.

naura auni mirip neelofa

Lelaki  itu turut menjelaskan bahawa dia mula perasan anaknya ada iras Neelofa apabila beberapa rakan Facebooknya telah meninggalkan komen sedemikian pada gambar Naura.

Mula-mula saya macam tak percaya. Nak mengaku nanti orang cakap perasan. Jadi saya post macam biasa lepas tu ramai komen kata macam Neelofa.

Punyalah hebat penangan adik Naura Auni iaitu ‘mini me’ Neelofa ini sehinggakan akaun Instagramnya kini sudah mencecah 18,000 orang pengikut. Hebat!

naura auni mirip neelofa

Sama-sama kita saksikan Naura Auni bersinar dalam dunia seni suatu hari nanti, mungkin?

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...