Berpendapat golongan wanita perlu punyai duit poket sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tampil bersuara berkenaan isu yang makin hangat diperkatakan iaitu “Pisau Cukur”.
Kata Uyaina, beliau seakan menepis dakwaan kebanyakan individu melabelkan wanita sebagai kaki kikis adalah tidak wajar kerana sikap itu tidak mengenal jantina.
“Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je.”
Menurutnya, sebagai seorang wanita duit poket itu boleh digunakan sekiranya keadaan mendesak atau memenuhi keperluan sendiri.
“Kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau-kalau kita ada teringin apa-apa, boleh beli sendiri kan?”
Bagaimanapun, beliau dilihat langsung tidak menafikan bahawa setiap insan mempunyai pilihan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan cara tersendiri.
“Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seakan setuju dengan kenyataan yang diusarakan Uyaina. Malah ramai dalam golongan peminat wanita juga dilihat turut berkongsi kisah peribadi mereka tentang pengorbanan mencari rezeki untuk menanggung diri sendiri dan juga keluarga.