Penghuni Penjara Kini Boleh Dilawati Bermula 15 Jun Ini

COVID-19

Penghuni Penjara Kini Boleh Dilawati Bermula 15 Jun Ini

Jabatan Penjara Malaysia kini telah membenarkan semula sesi lawatan perjumpaan pelawat dengan penghuni di institusi penjara seluruh negara bermula 15 Jun ini.

Menurut Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia, Hafidz Othman, pelawat perlu membuat tempahan perjumpaan menggunakan dua kaedah iaitu secara dalam talian menerusi sistem i-VISIT atau panggilan telefon ke institusi penjara yang berkaitan.

Advertisement

“Hanya dua pelawat dibenarkan untuk berjumpa dengan penghuni dan setiap pelawat yang hadir diwajibkan memakai pelitup muka serta menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum berurusan di kaunter pendaftaran.”

Hafidz menegaskan, saringan suhu akan dijalankan terhadap pelawat sebelum dibenarkan masuk untuk berurusan di tempat pendaftaran perjumpaan.

Dia turut menambah sekiranya pelawat mempunyai gejala saluran pernafasan iaitu batuk, selesema dan sakit tekak atau demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah celcius, maka mereka tidak akan dibenarkan melakukan perjumpaan.

Pada 30 Mac yang lalu, Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan sesi perjumpaan antara penghuni di institusi penjara dengan keluarga ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, selaras dengan usaha menyekat penularan COVID-19.

Pastinya berita ini menggembirakan bagi mereka yang merindui kaum keluarga yang telah lama tidak dilawati.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...