Difahamkan daripada laporan Bernama, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mesra dipanggil sebagai PMX berkata penghargaan luar biasa buat rakyat akan diumumkan pada esok atau Rabu minggu ini.
Katanya, beliau memerlukan sedikit lagi masa untuk meneliti lebih mengenai pengumuman yang bakal dibuat susulan permukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
Saya katakan dalam sehari dua ini saya perlu umum (sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya), tetapi perkara itu memerlukan sedikit masa untuk diteliti.
Sebelum ini, PMX ada memberi bayangan bahawa pengumuman yang bakal diumumkan pada hari esok atau Rabu itu melibatkan langkah kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang semakin hari semakin membebankan rakyat.
Namun begitu, Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa rakyat terbeban dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta tarif asas elektrik.