Kebiasaannya, apabila menyebut mengenai penghantar makanan pasti kita terbayangkan mereka akan menggunakan motorsikal atau kereta untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Namun, seorang penghantar makanan dari FoodPanda ini hanya berjalan kaki untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya.
Gigih cari rezeki
Menerusi satu perkongsian di Facebook Sarawak Roads Update, beberapa foto melihatkan penghantar makanan itu sedang berjalan kaki untuk melakukan tugasannya. Menurutnya, penghantar makanan yang berjalan kaki ini dipanggil sebagai ‘Walker’.
Mereka ini amat cekal dan gigih demi mencari rezeki yang halal, walaupun pastinya kepenatan berjalan kaki seharian.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.