Penghantar Makanan Ditahan Polis Gara-Gara Bungkusan Donut Yang Mencurigakan

Trending

Penghantar Makanan Ditahan Polis Gara-Gara Bungkusan Donut Yang Mencurigakan

Ramadan tahun ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini memandangkan tiada bazar Ramadan yang dibenarkan beroperasi. Oleh itu, orang ramai lebih selesa menggunakan khidmat penghantar makanan bagi mendapatkan juadah berbuka puasa.

Namun di sebalik kemudahan yang diberikan, seorang penghantar makanan hampir ditahan oleh pihak polis hanya kerana bungkusan makanan yang dihantarnya nampak mencurigakan. Kalau dilihat sekali imbas, memang ianya nampak seperti bahan yang terlarang.

Advertisement

Menurut perkongsian HassrayMohamad di Twitter, rakannya hampir saja ditahan oleh pihak polis kerana membawa bungkusan donut yang mencurigakan. Gula untuk donut tersebut dibungkus secara berasingan yang mana boleh mendatangkan kecurigaan pada sesiapa yang melihatnya.

donut

Semasa memeriksa bungkusan itu, pihak polis telah meminta penghantar makanan itu untuk merasa bungkusan serbuk putih yang dibawanya itu. Tetapi memandangkan dia berpuasa, anggota polis yang bukan beragama Islam telah diminta untuk merasa sendiri untuk membuat kepastian.

penghantaran donut

Bungkusan sebegini pastinya menimbulkan salah faham dan penghantar makanan ini bernasib baik tidak ditahan gara-gara salah faham ini. Ditambah pula sejak akhir-akhir ini, ada beberapa kes yang melibatkan penghantar makanan yang dianiaya kerana perlu menghantar barang terlarang tanpa disedari.

Para peniaga di luar sana dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang jenis bungkusan yang mencurigakan untuk memudahkan proses penghantaran. Pastinya apabila penghantar makanan ditahan pihak berkuasa, ianya akan melambatkan proses penghantaran kepada pelanggan anda.

Artikel berkaitan: Rider Penghantar Makanan Kesal Dipergunakan Pelanggan Untuk Hantar Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...