Penghantar Makanan Dipukul Oleh Pelanggan, Ini Perkara Sebenar Yang Berlaku

Trending

Penghantar Makanan Dipukul Oleh Pelanggan, Ini Perkara Sebenar Yang Berlaku

Semalam tular video di media sosial yang memaparkan kejadian seorang penghantar makanan dipukul oleh pelanggan. Kejadian itu dikatakan berlaku di Pulau Pinang.

Melalui video rakaman litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan seorang lelaki yang merupakan pelanggan bertindak memukul dan menendang penghantar makanan dalam kejadian yang berlaku di kawasan rumah berhampiran Alma, Bukit Mertajam.

Advertisement

Berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan

Dalam kejadian jam 11.05 pagi itu, penghantar makanan berusia 34 tahun pergi menghantar pesanan pelanggan sebelum suspek berusia 33 tahun keluar lalu memarahinya dengan melemparkan kata-kata kesat yang dikatakan berunsurkan perkauman.

Sejurus tiba di hadapan rumah suspek, penghantar makanan itu telah dimarahi  kerana lewat dan turut dimaki kerana lewat menyerahkan baki bayaran.

Bertindak membatalkan pesanan dan mengambil semula wang bayaran

Tidak cukup dengan itu, suspek kemudiannya mengambil kembali wang bayarannya dengan alasan tidak jadi membeli makanan tersebut.

“Mangsa memaklumkan kepada suspek bahawa dia akan melaporkan pembatalan makanan terbabit kepada pihak syarikatnya lalu suspek mengambil semula pesanannya dan melemparkan wang di atas lantai.”

Mangsa kemudiannya meletakkan wang baki di atas lantai sebelum beredar tetapi suspek meminta mangsa mengambil kembali wang itu. Mangsa yang enggan melakukannya telah dipukul dan ditendang oleh suspek.

Suspek juga dikatakan bertindak mahu menjatuhkan motosikal mangsa tetapi berjaya dihalang pemilik rumah. Laporan menyatakan suspek menyewa di homestay sejak lima bulan yang lalu.

Mangsa dikatakan  tidak mengalami kecederaan serius walaupun ditumbuk dan ditendang suspek. Laporan polis telah dibuat dan kejadian tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber (1)(2)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...