Kerusi Roda Bukan Penghalang Untuk Penghantar Makanan Grab Food

Kehidupan

Kerusi Roda Bukan Penghalang Untuk Penghantar Makanan Grab Food

Walaupun beliau mempunyai kekurangan fizikal tetapi dek berusaha untuk mencari rezeki ia bukanlah satu alasan untuk seseorang yang kurang upaya untuk berkerja.

 Ini adalah kisah seorang wanita di Singapura yang tular sebagai penghantar makanan bagi meneruskan kehidupannya meskipun kurang upaya.

Advertisement

 Dipetik dari Berita Harian Singapura, Sumaiyah Ghazali, 40, berkata, dia memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood kerana ingin mencari sumber pendapatan sendiri.

Dia yang menghidap cerebral palsy bekerja dalam bidang itu sejak empat bulan lalu.

Selain bergantung kepada kerusi rodanya, tugas Sumaiyah juga dipermudahkan dengan menggunakan telefon pintar yang menunjukkan arah ke destinasi pelanggan.

Bagi Sumaiyah, apa yang dilakukan ini juga adalah satu kepuasan.

Saya suka dan minat dengan kerja ni. Ada juga kegunaan saya hantar makanan kepada orang, maknanya khidmat saya berguna kepada masyarakat.

Bila saya kerja ni boleh juga belanja mak ayah makan. Kalau tak kerja dan biar adik-adik je kerja, rasa macam diri ni tak berguna. Saya tahu bukan senang nak jaga orang kurang upaya macam saya.

Mengakui bukan dilahirkan dalam keluarga berpendapatan rendah, kakak sulung kepada tiga beradik yang semuanya dilahirkan normal itu nekad mahu berdikari dan tidak mahu terus membebankan keluarganya.

Difahamkan, Sumaiyah pernah bekerja di pejabat, namun jarinya yang lemah menyukarkan dia menjalankan tugas.

Berkongsi cabaran tugasnya sebagai penghantar makanan yang dipikul sejak empat bulan lalu adalah bagi memastikan makanan dihantar cepat sampai kepada pelanggan.

Katanya, adakala makanan tiba lewat dan menyebabkan pelanggan membuat aduan pada Grab.

Ada juga saya mesej pelanggan minta maaf dan beritahu saya bukan sengaja lambat. Saya kurang upaya jadi sukar nak agak berapa lama untuk sampai. Kadang-kadang perlu tunggu lampu isyarat atau bas.

Bila pelanggan lihat saya biasanya mereka faham mengapa saya lambat.

Semoga kecekalan Sumaiyah dapat kita contohi. Moga kita kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakanNya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...