Penghantar FoodPanda Terlena Sambil Tunggu Pesanan Siap, Masih Ada Yang Label Anak Muda Pemalas?

Kehidupan

Penghantar FoodPanda Terlena Sambil Tunggu Pesanan Siap, Masih Ada Yang Label Anak Muda Pemalas?

Sekarang ini ramai yang memilih untuk melakukan dua pekerjaan sekaligus dalam satu masa. Kalau waktu siang sudah bekerja di pejabat, pada waktu malam pula ada yang bekerja sebagai pemandu e-hailing ataupun penghantar makanan.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Seorang lelaki berkongsikan kisahnya yang ternampak seorang penghantar makanan FoodPanda yang terlelap sementara menunggu pesanan siap di kedai makan.

Advertisement

Nak terjatuh dari kerusi

penghantar food panda

Aku lepak dengan adik ipar aku di kedai makan, then wife dia tegur ada mamat dah nak jatuh sebab terlentuk lena bersandar kerusi. Aku bangun tolong betulkan kepala dia untuk dia sambung lena berteleku di meja.

“Masa betulkan tu, aku perasan telefon dia masih on maps dan uniform dia Foodpanda.”

Siapa pun kamu saudara, nanti bangun dari lena yg sekadar itu, ketahuilah, kami berbangga dengan apa yang kamu ikhtiarkan untuk kehidupan. Semoga kamu dan kita, terus dalam rahmat Tuhan!

Susah payah mencari rezeki

Ramai yang terharu melihat kesungguhan pemuda ini dalam mencari rezeki. Mungkin kerana terlalu penat seharian bekerja, dia melepaskan sedikit lelahnya sementara menunggu pesanan pelanggan siap.


Baru-baru ini, seorang penghantar FoodPanda berjaya menyelamatkan seorang mangsa dalam cubaan bunuh diri. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Rider FoodPanda Terjun Sungai Klang Selamatkan Mangsa Bunuh Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...