Penghantar Foodpanda Lancar Mogok Semalam Diugut Buang Kerja

Trending

Penghantar Foodpanda Lancar Mogok Semalam Diugut Buang Kerja

Semalam kita semua tahu bahawa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mempelawa penghantar Food Panda untuk berdialog bersamanya susulan isu skim pembayaran baru yang diperkenalkan.

Di dalam dialog perjumpaan bersama Syed Saddiq, lebih 100 penghantar Foodpanda terdiri daripada wakil penghantar di Johor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur hadir pada sesi dialog tersebut.

Advertisement

Penghantar Foodpanda diugut

Dalam perbincangan ini, mereka mengatakan bahawa bukan sahaja pendapatan terjejas, malah ratusan penghantar Foodpanda diugut pihak pengurusan syarikat tersebut.

Menurut seorang penghantar Foodpanda, Mohamad Faiz Padzil berkata, mereka tidak menentang mogok ini kerana hours kami telah ditarik sejak 30 Sept lalu.

Bagi saya, mereka (Foodpanda) melakukan sesuatu yang tiada hak ke atas kami dan menjejaskan pendapatan kami.

Walaupun kami tidak terikat dengan bayaran mengikut jam, kami tetap diugut di mana ID (pengenalan diri digital) akan disekat dan dihentikan.

pekerja Foodpanda diugut

Perkara sama juga terjadi kepada penghantar Foodpanda dari Pulau Pinang yang hanya mahu dikenali sebagai Sham berkata, pihak pengurusan mengugut untuk memecat mereka jika menyertai mogok bantahan terhadap skim pembayaran itu.

Kami diugut sebelum mogok berlaku kelmarin, pada Ahad, ada pihak pengurusan dari Kuala Lumpur turun dan berjumpa dengan RC (wakil Foodpanda).

Selepas itu (perjumpaan), keluar satu kenyataan bahawa sesiapa yang menjalankan mogok pada Isnin akan dibuang kerja atau dimansuhkan ID.

Tak puas hati dengan skim pembayaran baru

Rata-rata penghantar Foodpanda turut menyuarakan tiadak puas hati diatas tindakan Foodpanda memperkenalkan skim pembayaran baharu yang dianggap tidak adil.

Pihak Foodpanda tak lakukan perbincangan laksana sistem baru

Bukan itu sahaja, mereka juga memberitahu bahawa pihak  Foodpanda tidak berbincang dengan penghantar Foodpanda sebelum melaksanakan sistem baharu, wakil Foodpanda tidak mengendahkan kebajikan dan aduan, dan pendapatan berkurangan sehingga RM500 hingga RM600.

Syarikat untung, pekerja tak dibela

Syed Saddiq berucap
Dalam pertemuan ini, Syed Saddiq berkata, beliau akan membawa isu ini kepada perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“(Syarikat) untung berjuta tetapi pekerja tidak terbela. Bagi syarikat besar yang mendapat untung tinggi, mereka patut bertanggungjawab terhadap pekerja.”

Malah ada rider yang diugut (jika sertai mogok), ini jelas bertentangan dengan undang-undang. Kita tak boleh berpihak kepada korporat besar tetapi pada masa sama pekerja tertindas. Itu jelas salah. Saya akan bawa isu ini kepada perdana menteri.

Dalam skim baru itu, yang berkuatkuasa semalam bagi penghantar makanan di luar Lembah Klang, bayaran mengikut jam dimansuhkan tetapi pada masa sama bayaran setiap pesanan dinaikkan kepada antara RM4.50 hingga RM7.

Ia berbeza dengan sebelum ini apabila penghantar dibayar RM4 sejam, dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan, manakala bayaran pesanan adalah di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penghantar.

Sumber: Awani, MalaysiaKini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...