Penggunaan Vape Adalah Haram – Majlis Fatwa Kebangsaan

Trending

Penggunaan Vape Adalah Haram – Majlis Fatwa Kebangsaan

vape haram

IPOH 17 Ogos – Penggunaan rokok elektronik atau vape yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada masa kini, difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah diputuskan sebelum ini.

Advertisement

“Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape.

Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.

“Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan maklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita telah mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak 2015 yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria di Auditorium Institut Tadbiran Islam (Intim), dekat sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan tentang hukum shisha yang memutuskan bahawa shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Perkara itu diputuskan setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapi akibat dan terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.

Sumber: FB JAKIM

link Mufti Keluar Fatwa Vape Dah Haram Wahai Rakyat Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...