Penggunaan Dron Bakal Disegerakan, Tingkat Keselamatan Sempadan Negara

Trending

Penggunaan Dron Bakal Disegerakan, Tingkat Keselamatan Sempadan Negara

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) memohon kepada kerajaan untuk menyegerakan perolehan penggunaan dron bagi meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan sempadan negara.

Pengarahnya, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, berkata sistem dron menjadi responden pertama untuk mengenal pasti risiko dan ancaman terutama di sempadan Malaysia-Thailand.

Advertisement

Katanya, semua pengawasan operasi dapat dipantau secara langsung daripada jauh melalui pelbagai peranti, sekali gus memberi jaminan pengawasan dan keselamatan sempadan yang lebih berkesan.

“Melalui penggunaan dron, ia akan memudahkan tugasan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk membuat pemantauan dan membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk mengesan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI)”

Ujarnya, alat ini juga sebagai satu daripada manfaat hasil kecanggihan teknologi masa kini yang dalam masa sama dapat membantu pasukan keselamatan seperti PGA dalam mengawal keselamatan sempadan negara.

“Hasil daripada ‘khidmat’ dron sebelum ini menunjukkan banyak kes dapat dibanteras, malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, juga meminta penggunaan alat berkenaan dipertingkatkan terutama di sempadan untuk penguatkuasaan yang lebih rapi”

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada sidang media selepas Lawatan Tapak dan Demo Sistem Dron Bersarang di Op Wawasan Kelantan di Markas Taktikal Lubok Stol, di sini, hari ini.

Abd Rahim berkata, setakat ini, terdapat 30 dron yang digunakan untuk membantu PGA dalam melancarkan tugasan di seluruh negara terutama di negeri yang bersempadan, namun ia tidak mencukupi dan perlu ditambah lagi.

Katanya, projek pembangunan sistem dron bersarang terbabit diteraju oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Syarikat Aerodyne Group yang berpangkalan di Cyberjaya, Selangor.

“Selain itu, saya ingin berkongsi mengenai ciptaan inovasi baharu daripada Bahagian Teknologi dan Sistem Maklumat (TSM) Bukit Aman, iaitu alat mengesan dan memantau kedudukan kenderaan dan petugas”

Sekadar makluman, alat berkenaan menggunakan MCAD dan alat DV Box C4i bagi mengesan dan menjejaki kenderaan penyeludup terutama yang membawa PATI dan barangan kontraban khusus di kawasan Ops Benteng COVID-19 di negeri ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...