Pengguna Terkejut, Ayam Dibeli Dari Sebuah Pasar Raya Di Bahau Tidak Disembelih

Trending

Pengguna Terkejut, Ayam Dibeli Dari Sebuah Pasar Raya Di Bahau Tidak Disembelih

“Ayam yang saya beli di ******** Bahau tidak disembelih,” demikian dakwaan seorang individu di laman Facebook group Bandar Bahau, semalam.

Advertisement

Azlan Kamaruddin, mendakwa ayam yang dibelinya dari sebuah pasar raya tidak disembelih dan telah membuat aduan pada pihak pasar raya berkenaan.

“Saya pergi semula ke pasar raya itu dan buat aduan. Mohon warga Bahau dan sekitar periksa betul-betul ayam yang dijual disembelih ataupun tidak,” nasihatnya kepada pengguna beragama Islam.

Difahamkan Azlan akan cuba memanjangkan perkara itu kepada pihak berwajib dan sementara itu meminta orang ramai berhati-hati dan tidak membeli ayam dari pasar raya tersebut.

Perkongsian tersebut kini menjadi viral di media sosial dan telah dikongsi 822 kali di laman Facebook.

Sementara itu, semakan di laman web rasmi pasar raya berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan penggunanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. bandar judi bola

    April 21, 2017 at 10:36 am

    Normally I ddo not read post oon blogs, however I wish to say that this write-up very compelled me to try and do so!
    Your writfing taste has been surprised me. Thanks, quite nice
    post.

  2. imnajmi

    January 4, 2017 at 8:47 am

    Aku selalu nak pi beli ayam kat mall besaq2 ni, selalu tengok dulu ada tak yang tukang potong dan timbang… dari situ.. dari perwatakan pekerja yang buat keja tu macam nilai.. kalo pure orang melayu buat keja tu.. macam agak yakin.. at least boleh sembang.. if beli yang dah ready bungkus ni.. sometimes kadang nasib tak baik terkena jugak