Pengguna PLUS Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit Dan Debit Penghujung 2019

Automotif

Pengguna PLUS Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit Dan Debit Penghujung 2019

Sering kali kad Touch N Go anda kehabisan kredit dan menyebabkan anda perlu beratur panjang di kaunter tambah nilai.

Ini semua berpunca daripada diri anda yang kerap kali lupa untuk tambah nilai.

Bayangkanlah pada musim perayaan seperti sekarang, anda perlu beratur di lorong tambah nilai dengan sangat lama kerana tiada baki dalam kad Touch N Go.

Menurut Berita Harian, pengguna PLUS Malaysia Bhd (PLUS) pada masa akan datang boleh membuat pembayaran terbuka melalui kad kredit atau kad debit yang dihubungkan terus kepada sistem pengenalan frekuensi radio (RFID), selain daripada kad Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTAG.

Advertisement

Dengan kemudahan terbaharu itu, pengguna PLUS tidak lagi perlu bersusah payah ke kiosk atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TnG selain tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi.

Pengguna boleh membuat pembayaran terbuka dengan menghubungkan kad kredit, kad debit atau mana-mana e-dompet ke RFID PLUS.

buat bayaran melalui kad kredit dan debit

Bukan itu sahaja PLUS sedang dalam proses membolehkan pengguna membuat pilihan pembayaran menggunakan TnG eWallet.

Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat mengurangkan kesesakan sewaktu pembayaran di pondok tol, selain mengelakkan masalah baki pada kad TnG yang tidak mencukupi akibat pengguna terlupa untuk menambah nilai.

pengguna boleh buat pilihan
Pada waktu yang sama PLUS sedang menaiktaraf 1400 kamera litar tertutup ke  kamera berdefinisi tinggi.

Pihak PLUS akan menggunakan visual dari kamera untuk menunjukkan keadaan trafik terkini kepada pengguna dengan lebih jelas.

Ia juga boleh diakses pengguna menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mereka melakukan perancangan sebelum melakukan perjalanan.

 

Sumber: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...