Pengguna Motosikal Guna Lorong Kanan, Kerajaan Bakal Haramkan

Trending

Pengguna Motosikal Guna Lorong Kanan, Kerajaan Bakal Haramkan

z

Kerajaan dilaporkan bakan meminta penguatkuasa trafik untuk mengharamkan penunggang motosikal dari menggunakan lorong kanan atau lorong memotong, lapor The Sun Daily.

Advertisement

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Azizi Kaprawi berkata, adalah tidak mustahil penguatkuasaan undang-undang itu diperkenalkan dan mewajibkan penggunaan vest pantul-cahaya di masa hadapan.

“Ia sepatutnya dikuat-kuasakan secepat mungkin untuk mengurangkan kadar kemalangan dikalangan penunggang motosikal.”

“Motosikal tak sepatutnya berada di lorong kanan atau lorong laju,” ujar beliau.

Menurut Aziz lagi, penunggang motosikal juga masih mengabaikan aspek undang-undang itu tanpa memikirkan keselamatan mereka, di mana hanya Malaysia tinggal menjadi negara di dalam Asean yang tidak mematuhi undang-undang mengharamkan motosikal di laluan kanan di lebuhraya.

“Pihak kementerian akan berbincang dengan polis trafik cara terbaik untuk memperkenalkan undang-undang ini. Dalam tahun 2015, seramai 4,203 penunggang motosikal mati di dalam kemalangan.” 

“Jumlah tersebut ialah 62 peratus dari jumlah kematian keseluruhan akibat kemalangan jalanraya pada tahun tersebut, atau 6,706 kematian. Ia menunjukkan peningkatan seramai 32 kematian berbanding dengan tahun 2014.”

“Penunggang motosikal perlu harus berfikir akan keselamatan mereka. Mereka sepatutnya mudah dilihat di atas jalanraya. Kami sedang merangka program-program sokongan untuk menggalakan penunggang motosikal memakai jaket pantul-cahaya atau berwarna cerah,”tambah beliau.

Sementara itu, portal careta.my turut menyatakan sokongan dengan usaha kerajaan ini tetapi meminta supaya kementerian pengangkutan mengkaji kembali pembatallan pengenalan subjek keselamatan lalu-lintas di sekolah-sekolah yang sepatutnya dilakukan tahun ini.

Portal berkenaan turut meminta supaya lorong-lorong motosikal juga harus dipertingkatkan keselamatan, kementerian wajar berbincang dengan pihak Miros untuk melakukan kajian lokasi kemalangan maut penunggang motosikal dan melihat adakah majoriti kemalangan tersebut berlaku di lebuhraya atau di jalan persekutuan atau jalan bandar.

Menurut mereka, negara Asean lain tidak mempunyai lebuhraya sebanyak di Malaysia, malah di bandar Kuala Lumpur sahaja, jumlah lebuhraya bertol lebih banyak dari kesemua lebuhraya bertol di dalam Thailand.

“Jika keselamatan menjadi objektif utama, mungkin pembinaan lorong bermotosikal akan lebih berkesan kerana lorong perlahan dipenuhi dengan kenderaan berat bergerak perlahan dan ini akan menyebabkan motosikal terpaksa memotong dengan lebih kerap, lalu menaikkan risiko kemalangan.”

“Malaysia juga ialah pasaran superbike terbesar di Asean berbanding dengan negara lain, dan undang-undang melarang motosikal berada di laluan laju mungkin akan memberi kesan terhadap penjualan motosikal berenjin kapasiti tinggi,” tulis portal berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...