Bermula Ahad lepas, Tren LRT Star yang naik dari/ingin ke arah Ampang perlu menukar tren di stesen Chan Sow Lin. Sebelum ini, tren tersebut berterusan saja dari Ampang ke pusat bandar dan kembali ke Ampang dengan beberapa laluan alternatif.
Penukaran ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak kerana masa menunggu tren yang menjadi lebih lambat dan tren pula menjadi lebih sesak. Ini menyebabkan ada yang sampai ke sekolah atau tempat kerja dengan lebih lewat dari biasa.
Mengapakah keadaan ini terjadi? Secara logik ini memang akan terjadi kerana sebelum ni penumpang dari Ampang tidak perlu transit. Melalui sistem baru ini penumpang dari Ampang perlu transit di Stesen Chan Sow Lin dan kemudian terpaksa bersesak untuk tunggu tren ke pusat bandar. Apabila tren sampai, ramai yang tak dapat masuk ke dalam tren kerana penumpang dari laluan Sri Petaling sendiri memang sangat ramai. Ini menyebabkan kelewatan ke sekolah untuk pelajar dan untuk ke tempat kerja bagi mereka yang bekerja.
Rata-rata pengguna LRT laluan Ampang berang dengan apa yang berlaku dan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di media sosial.
Is this efficient @MyRapidKL? We can’t even get into the Sentul Timur train as it’s already fully packed ???? #rapidkl pic.twitter.com/6d5WH88Zg7
— H@z3L (@hazelcwt) July 17, 2016
Pagi2 pergi kerja #everyday kene lalui benda ni ke ? #rapidKL service getting worse than 3rd world country .. Hooray pic.twitter.com/0px8LcAitE
— Syahmi Top (@Syahme87) July 18, 2016
Rapid kl ampang line change is non-sensical. Longer queue and packed trains. Increase in fares but no improvements??!!! #rapidkl #ampangline
— shereenbala (@shereenbala) July 18, 2016
System baru star ampang sangat slow ???? #rapidkl @MyRapidKL
— Zaim Aizzat (@zaimaizzat) July 18, 2016
Kemain kata upgrade, tapi nak tutup pintu tren pun terkedek2, berapa lama kiteorg nak tunggu kat Masjedjamek ni? Org dah beribu #RapidKL ????????
— Loratadine (@MiissTara94) July 18, 2016
Third train and still same. Stuck at Miharja #RapidKL
— hidayatfisal (@muhdnuurhidayat) July 19, 2016
RapidKL dalam satu kenyataan semalam mendakwa kelewatan berlaku berpunca daripada bilangan tren yang beroperasi pagi semalam terhad iaitu 16 tren daripada 32 tren.
Hal ini disebabkan masalah bekalan kuasa yang dihadapi di depoh baru LRT Rapid KL di Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) di Puchong pada jam 6.16 pagi.
Masalah bekalan ini yang menyebabkan tren tidak dapat bergerak keluar dari depoh dan berlaku kelewatan jadual.
Masalah ini menyebabkan pengguna LRT terpaksa menunggu tren lebih lama terutama di stesen pertukaran Chan Sow Lin yang juga membabitkan pengguna LRT Laluan Ampang.
Oleh itu, pihak kami memohon maaf atas kelewatan jadual tren yang menyebabkan pengguna LRT di Stesen Chan Sow Lin mengalami kesesakan berikutan Laluan Ampang ditukar kepada laluan pengantara dari Stesen Ampang ke Chan Sow Lin.
Mulai 17 Julai 2016 juga, laluan terus dari Sentul Timur ke Putra Heights dikenali sebagai Laluan Sri Petaling.
Bagaimanapun, tinjauan kami mendapati masalah itu masih berlaku pada pagi ini.-amazingnara.com