Pengguna LRT Dan KTM, Tidak Lagi Perlu Bersesak Di KL Sentral Dengan Jambatan Baru Pasar Seni 

Automotif

Pengguna LRT Dan KTM, Tidak Lagi Perlu Bersesak Di KL Sentral Dengan Jambatan Baru Pasar Seni 

Ramai yang mengetahui pada waktu kemuncak iaitu pada hari Isnin sehingga Jumaat, KL Sentral akan menjadi sesak dengan kelibat ramai orang yang berhenti di stesen ini untuk menukar tren melibatkan Komuter, MRT dan sebagainya.

Buat semua pengguna pengakutan awam, kini anda tidak perlu turun di stesen tersebut sebaiknya boleh berbuat demikian di Stesen Pasar Seni.

Advertisement

Rapid KL telah membuka jambatan pejalan kaki yang baru terus menghubungkan Stesen LRT Pasar Seni dengan Stesen KTM Kuala Lumpur.

Kali ini anda semua jangan bimbang untuk berjalan jauh kerana hanya perlu berjalan untuk menukar laluan di jambatan yang panjangnya 102 meter. Jambatan ini dilengkapi dengan kemudahan travelators dan kipas supaya anda boleh berjalan dengan selesa.

jambatan pasar seni

Selain pembinaan jambatan melintasi Sungai Klang, kerja-kerja juga termasuk pengubahsuaian dan penambahbaikan kawasan ruang legar dan platform Stesen LRT Pasar Seni, dan juga kawasan pintu masuk Dayabumi di Stesen Kuala Lumpur.

Advertisement

Lrt Pasar Seni

Sepatutnya pembinaan jambatan siap pada bulan Disember 2019 tetapi ianya selesai satu bulan lebih awal.

Jadi anda semua jangan jadikan alasan untuk tidak menggunakan pengakutan awam selepas ini. Barulah kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan setiap hari.

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...