Pengguna Lebuh Raya PLUS Bakal Guna RFID Di 83 Tol Bermula 1 April Ini

Trending

Pengguna Lebuh Raya PLUS Bakal Guna RFID Di 83 Tol Bermula 1 April Ini

Pengguna lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sudah boleh menikmati kemudahan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di semua 83 tol sistem tertutup dari utara ke selatan, bermula 1 April ini.

Menurut penerangan Datuk Azman Ismail, pengarah urusan PLUS Malaysia Berhad, penyempurnaan ekosistem lebuh raya PLUS yang menggunakan sistem RFID sepenuhnya turut melibatkan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Advertisement

Pelaksanaan itu adalah selaras dengan objektif kerajaan untuk memodenkan pembayaran tol dan menambah baik pengalaman perjalanan lebuh raya melalui pengurusan kesesakan di plaza tol serta menggalakkan kelancaran laluan dalam menerajui Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan pada masa akan datang

pelekat RFID

Sejak 36 bulan yang lepas, jangkaan peningkatan dalam permintaan RFID telah meningkat dalam kalangan 1.7 juta pengguna lebuh raya harian PLUS. Peningkatan ini bermula dengan penyelarasan 10 plaza tol sistem terbuka dengan sistem RFID dan Touch ‘n’ Go.

Menerusi RFID, pengguna lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran untuk menambah nilai kad Touch ‘n’ Go mereka. Tambah nilai boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan masing-masing.

Bagi tujuan itu, 173 lorong RFID termasuk 131 lorong khas RFID akan dibuka di 83 plaza tol di Lebuh Raya PLUS bermula 1 April.

alat pengesan RFID

Transaksi tol yang menggunakan kad Touch ‘n’ Go dan Smart Tag masih lagi diterima di plaza tol walaupun RFID diperkenalkan. Ini untuk memudahkan pengguna lebuh raya mengambil masa untuk bertukar kepada RFID dalam tempoh yang terdekat.

Bagi membolehkan pengguna menggunakan sistem RFID untuk transaksi tol, PLUS menasihatkan agar pengguna segera memasang pelekat tag RFID di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.

Sebanyak 17 pusat pemasangan tag RFID dibuka di lebuh raya PLUS mulai 13 Mac ini antaranya di Restoran Jejantas Sungai Buloh (kedua-dua arah), R&R Seremban (kedua-dua arah), R&R Tapah (kedua-dua arah), RTC Gopeng di Hentian Sebelah Simpang Pulai dan R&R Temerloh (kedua-dua arah).

Pengguna lebuh raya PLUS pula boleh mengunjungi pusat pemasangan pelekat RFID yang disediakan Touch ‘n’ Go Sdn Bhd bagi mendapatkan pelekat berkenaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...