Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memperkenalkan kemaskini terbaru pada aplikasi MyJPJ, yang memudahkan para pemandu yang memiliki Lesen Memandu Percubaan (PDL atau dikenali sebagai Lesen P) untuk menukarkannya kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL atau lesen penuh), hanya dengan menggunakan aplikasi MyJPJ.
Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi perlu pergi ke pejabat JPJ untuk proses naik-taraf lesen, sebaliknya boleh melakukannya terus melalui aplikasi MyJPJ, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Untuk memulakan proses naik-taraf, pengguna hanya perlu membuka aplikasi MyJPJ, memilih “Permohonan CDL”, dan memilih tempoh sah laku lesen sebelum membuat pembayaran dan memperbaharuinya. Pengenalan ciri ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter JPJ di seluruh negara.
Bagi pengguna aplikasi MyJPJ di Android dan iOS, anda boleh mengemas kini aplikasi anda untuk menikmati ciri baharu ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.