Pengguna Jangan Bimbang, Huawei Beri Kemaskini Keselamatan&Khidmat Lepas Jualan

Teknologi

Pengguna Jangan Bimbang, Huawei Beri Kemaskini Keselamatan&Khidmat Lepas Jualan

Menerusi kenyataan media di akaun Facebook rasmi Huawei Mobile, pihaknya akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan untuk semua produk telefon pintar dan tablet Huawei dalam tempoh 3 bulan setelah menerima lesen sementara dari Jabatan Perdagangan AS.

AS mengenakan larangan mana-mana syarikat di sana  berurusniaga dengan Huawei.

Advertisement

Reuters dalam laporan pertamanya memberitahu lesen akan tamat pada 19 Ogos ini.

Lesen tersebut berkuatkuasa hari ini, membolehkan Huawei menyediakan perkhidmatan dan sokongan, termasuk kemas kini perisian atau patch, kepada telefon bimbit Huawei sedia ada yang tersedia kepada orang awam sebelum 16 Mei 2019.

Lesen ini juga akan membenarkan Huawei untuk mengekalkan peralatan rangkaiannya yang sedia ada, dan menerima pendedahan kerahsiaan keselamatan.

Pada Khamis lepas, pentadbiran Trump telah menambah Huawei Technologies Co Ltd dalam senarai hitam perdagangan, dan dengan serta merta melaksanakan sekatan yang menyukarkan Huawei untuk berurusan dengan AS.

Beliau melarang mana-mana syarikat AS daripada menjalankan perniagaan dengan telekomunikasi gergasi China tanpa kebenaran daripada kerajaan Amerika.

Google juga telah mengumumkan bahawa Huawei hanya akan menggunakan Android versi umum dan tidak memiliki akses kepada aplikasi dan perkhidmatan milik Google.

Menurut Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross dalam satu kenyataan,  Lesen am sementara yang diberikan oleh pengendali memberi masa kepada  Huawei untuk membuat pengaturan lain dan ruang jabatan untuk menentukan langkah jangka masa panjang yang sesuai kepada pengguna di AS dan penyedia telekomunikasi asing yang kini bergantung kepada peralatan Huawei.

Pendek kata, lesen ini akan membolehkan operasi berterusan untuk pengguna telefon bimbit Huawei sedia ada dan rangkaian jalur lebar luar bandar.

Adakah pengguna di seluruh Malaysia bersedia menggunakan peranti tanpa akses ke Gmail, YouTube dan sebagainya dari Google?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...