Pengguna Facebook Dedah Teknik Penipuan Terbaru Pembelian Telefon Di Mudah.my

Trending

Pengguna Facebook Dedah Teknik Penipuan Terbaru Pembelian Telefon Di Mudah.my

Sejak kemunculan portal membeli-belah online, bermacam jenis teknik penipuan dilakukan oleh sang penipu untuk memperdaya wang orang lain. Biasanya cara mereka ialah, menjual barangan yang menjadi permintaan ramai pada harga yang lebih murah dari pasaran, tapi selepas pembeli memasukkan wang ke dalam akaun mereka, mereka akan menyekat segala komunikasi dengan pembeli kerana barang yang dijual sebenarnya tidak wujud.

iPhoneAN
gambar hiasan

Advertisement

Seorang wanita dari Kuala Terengganu, Fatin Rabiatutadawiah Zulkarnain, mendedahkan teknik terbaru penipu di mudah.my untuk mengelirukan pembeli.


Begini kisah beliau:

Salam. Saya nak viral kan satu cerita yang terjadi kat saya hari ini. Ok. 2/3 hari ini saya ada post untuk jual iPhone 6 Plus 64 gb. Saya pos kat mudah.my dan group-group lain. Semalam saya ada la terima satu call yang cakap nak beli telefon bimbit itu.

Saya buka harga RM 2,100. Tetapi dia minta kurang. Jadi kita bagi la kurang yang dia minta itu RM 1,950. Kami bincang apa semua, dia setuju. Dan hari ini dia cakap nak jumpa saya dekat CIMB bandar Kuala Terengganu pukul 10.00 pagi . Saya pun pergilah. Hampir satu jam saya tunggu. Dia tak datang-datang.

Kita call dia tak angkat langsung. Jadi kita fikir dia tak jadi la kot nak beli. Kita pun teruslah buat kerja kita. Dah kita bekerja, kan? Then dalam pukul 12 lebih macam itu la. Dia call balik. Minta maaf dengan kita. Gaya cakap itu macam perempuan yang baik-baik. Jadi kita tak sampai hati nak marah-marah.

Dia cakap dia ada kat KL. Dia kata sebenarnya pagi tadi dia minta kawan dia tolong tengokkan telefon bimbit. Tetapi kawan dia tak datang. Kita ok saja percaya sajalah. Dia pun janji dengan kita pula nak jumpa kita pukul 5 petang di CIMB itu.

Dia cakap kawan dia nak datang tengok telefon bimbit itu. Memang dia nak beli. Tetapi kawan dia nak tengok condition telefon bimbit dulu.

Lepas tengok baru dia bank-in kat duit pada akaun saya. Saya tak ragu apa-apa la. Saya pergi la jumpa abang itu. Nama Zainuddin. Bila jumpa itu dia kata nak tengok telefon bimbit kita. Kita bagilah.

Tiba-tiba abang itu cakap dia nak bank-in duit dekat perempuan ini. Saya dah pelik. Kenapa nak kena bank-in kat perempuan ini? Sedangkan ini telefon bimbit saya. Dalam kepala fikir mungkin dia mark-up harga kot. Dia jual kat abang Zainuddin ini.

Makin lama saya makin pelik. Tak sedap hati. Saya tanya abang Zainuddin. Saya tak faham lagi. Apa kita buat sekarang ini?

Abang itu pun cakaplah. Dia beli telefon bimbit kat perempuan ini. Saya terkejutlah. Sangkaan saya tadi betul. Saya cakap tanya berapa dia jual kat abang? RM 1,500.

Kita pelik dah masa itu. Abang itu dah pergi bank-in dah kat perempuan itu.

Perempuan itu teks saya cakap lima minit minta saya periksa duit dalam akaun. Masa itu telefon bimbit masih kat tangan saya. Memang nak tunggu duit masuk dulu baru bagi telefon bimbit. Dah dengar RM 1,500, jadi terfikir. Takkan perempuan ini nak rugi RM 500?

Last-last baru terperasan yang saya dan abang Zainuddin ini kena tipu. Dia ambil gambar yang saya pos kat mudah.my. Dia pos balik di mudah.my. Tetapi jual dengan harga yang murah.

Saya periksa akaun duit tak ada masuk. Kita teks perempuan itu langsung tak balas. Call tak angkat. Sama juga dengan abang Zainuddin itu. Memang kasihan la kena tipu macam itu. Saya pula rasa bersalah.

Abang Zainuddin dah buat report tadi. Jadi pada kawan-kawan yang kat luar sana, doakanlah semoga abang Zainuddin dimurahkan lagi rezeki lepas ini. Selepas apa yang jadi pada dia. Memang masih tak percaya kena tipu macam itu.

Tak sangka zaman sekarang perempuan pun berani. Harap kawan-kawan berhati-hatilah lepas ini. Penipu ini boleh buat apa saja yang dia nak buat. Memang terkilanlah tadi.

Ini nombor telefon dia (+60 11 2762 9283), nama Nik dia cakap tadi. Dan gambar-gambar di bawah ini bukti teks saya dengan perempuan itu. Dan teks saya dengan abang Zainuddin.

Benda ini memang patut diviral kan. Sebab nak semua orang berhati-hati. Bukan senang orang seumur abang Zainuddin nak dapat duit sebanyak itu. Tetapi ditipu macam itu saja. Hope abang Zainuddin banyak-banyak bersabar. Sama-sama kita doakan.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13
Begitulah ceritanya, macam-macam cara digunakan oleh si penipu untuk menipu orang. Mungkin mereka sejenis makhluk yang tidak memikirkan suatu hari nanti kematian itu akan tiba dan jika terlepas di dunia sekalipun, pasti tidak akan terlepas di akhirat. Lelaki atau perempuan, sama saja semuanya. Kerana duit, jadi buta hati.

Jadi berhati-hatilah jika anda membeli-belah di portal online. Jadikan kisah ini satu pengajaran.-amazingnara.com

 

Sumber: Fatin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...