Pengguna Ditipu Sindiket, Kurangkan Isipadu Gas Daripada 14kg Kepada 12kg

Trending

Pengguna Ditipu Sindiket, Kurangkan Isipadu Gas Daripada 14kg Kepada 12kg

Sepuluh sindiket dipercayai aktif terlibat dalam penipuan pengguna memasarkan tong gas petroleum cecair (LPG) yang dikurangkan isipadunya daripada 14kg kepada 12kg, lapor Utusan Malaysia.

Advertisement

Kegiatan yang berlaku sejak 3 tahun lepas dikatakan turut dilindungi “orang dalam” bagi menyukarkan pihak berkuasa menghidu aktiviti berkenaan.

Akhbar itu juga melaporkan sindiket berkenaan berpindah dari satu setor ke setor di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor setelah mendapat maklumat daripada orang dalam.

“Tindakan licik sindiket ini membuatkan pengguna tertipu setelah membayar antara RM26 hingga RM27 untuk LPG 14 (kg) sedangkan isipadu yang mereka terima dikurangkan 2kg.

“Tidak cukup dengan itu, sindiket ini juga dikenal pasti memindahkan isipadu tong LPG 12kg dan 14kg yang bersubsidi ke dalam tong 50kg dan dijual untuk keperluan pasaran industri.

“Secara tidak langsung, mereka mengaut keuntungan kerana menggunakan LPG subsidi untuk menjual tong gas 50kg yang tidak mendapat subsidi daripada kerajaan,” katanya.

Menurut Utusan, sindiket berkenaan mengaut keuntungan sebanyak RM5 juta sejak aktiviti tersebut 3 tahun lalu.

Bagaimanapun kegiatan salah satu sindiket itu berjaya ditumpaskan hasil serbuan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta polis Cawangan Khas Bukit Aman di 2 lokasi.

Turut dirampas ribuan tong gas berisi dan masih kosong dianggarkan bernilai RM1.1 juta manakala 7 warga asing dan 6 warga tempatan termasuk 2 peniaga diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. cinta

    September 5, 2016 at 11:18 am

    Semuanya kerana wang..mata hati jadi gelap..apa yang dibuat seolah2 dunia nie kekal selamanya…