Pengguna Disyaki Hidap Radang Hati Kerana Amal Maajun Selama 3 Tahun Dedah Hal Sebenar

Trending

Pengguna Disyaki Hidap Radang Hati Kerana Amal Maajun Selama 3 Tahun Dedah Hal Sebenar

Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat,pemakanan juga perlu dijaga dengan baik. Malah sekiranya berkemampuan, bolehlah mengambil makanan tambahan yang selamat dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun jangan mudah terpedaya dengan testimoni gempak yang bakal mengaburi mata bakal pembeli.

Advertisement

Hal ini demikian sudah ramai yang menderita akibat mengamalkan makanan tambahan yang tidak diluluskan oleh kementerian kesihatan dan akhirnya menyebabkan pengguna menderita sakit yang kronik.

Situasi yang sama berlaku kepada seorang pengguna yang dikenali dengan nama Sha Aziz yang mengamalkan produk makanan tambahan maajun keluaran tempatan.

Setelah 3 tahun mengamalkan memakan maajun tersebut, akhirnya beliau telah disuspek menghidap penyakit radang hati.

Ini perkongsian Shaz Aziz:

Sesiapa yang mengamalkan jamu & maajun. Better hati-hatilah ye. Mungkin luaran kita nampak badan kita segar bugar. Tapi dalaman boleh rosak bila tak dirawat dengan teliti.

Doktor suspek saya ada penyakit radang hati, bacaan hati saya tak normal. Permulaan check di Hospital ALT (SGPT) H277, AST (SGOT) H120, alhamdulillah sekarang dah turun sikit. Turun tapi masih dalam bacaan bahaya. Bacaan normal adalah 70/60.

Saya amalkan maajun tu hampir 3 tahun dah. Baru sekarang effect pada badan.

Saya kongsikan serba sedikit simptom yang saya rasa sebelum tahu tentang penyakit ni.

– Tak boleh terlalu penat.

– Kerap sakit bahagian dada.Bila kena rasa senak bahgian dada. dan penafasan jadi tak normal.

– Masalah pembuangan tak normal ( bila makan, selang 5/6 minit memang akan cirit birit ).

Alhamdulillah, masih diperingkat awal. Doktor sarankan rawat secara semulajadi. Kena jaga pemakanan dan pengambilan ubat.

So,hati-hatilah pada pengamal jamu-jamu moden sekarang ni. Lebih baik jumpa doktor dulu sebelum ambil apa2 supplement.

Update :

Ada jugak yang kata, isu yang saya bangkitkan semalam tak ada bukti yang mengatakan saya terima rawatan di Hospital. Saya duk reka cerita sebab saya ANTI GENG JAMU dan MAAJUN.

Kalau saya ANTI kepada GENG JAMU & MAAJUN, Saya rasa tak patut kut saya TELAN Maajun Anggun Bistari berbotol-botol sebelum ni.

Kali terakhir saya ambil maajun ni 1bulan yang lepas. Baki Maajun pun ada lagi. Ada sebotol yang memang saya tak buka langsung.

Adakah saya ni memang ANTI JAMU & MAAJUN sampai saya kena tanggung sakit itu sendiri ?

Dalam satu botol ada 21 biji, baki yang tinggal ada 15 biji. Agak-agak kalau saya habiskan semua, dekat mana ye saya sekarang ?

Ini bacaan hati saya, bacaan pertama dan kedua saya waktu saya terima rawatan di kerajaan dan bacaan ketiga di KMC.

Bacaan normal
ALT ( SGPT ) : ( 3 – 35 )
AST ( SGOT ) : ( 3 – 35 )
* maaf ada kesilapan pada posting saya sebelum ni *

Bacaan pertama :-

ALT ( SGPT ) : H 277
AST ( SGOT ) : H 120

Bacaan kedua :-

ALT ( SGPT ) : H 247
AST ( SGOT ) : H 108

Bacaan ketiga :-

ALT ( SGPT ) : H 224
AST ( SGOT ) : H 110

Normal paling tinggi H 35, bacaan hati saya H224/H110 paling rendah buat masa ni. Masih nak tegangkan benang yang basah ? Hentikanlah.

Dan ini pula respon seorang pengamal perubatan Dr Rusyainie Ramli,

Banyak kali dah saya tulis pasal ni. Tapi netizen punya komen, memang boleh buat saya jadi pengsan dan tak bangun-bangun.

1. ‘Saya makan ok je’ – Ok je?

Mana dia tahu dalam seramai-ramai yang dangkal yang makan jamu ni, manusia mana yang akan rosak jahanam organnya? Ke kalian ingat kalian kebal?

2. ‘Tu mesti produk tiruan’

Hello! Produk yang asli pun tak berdaftar dengan KKM la. Jangan dok pusing konar baring cerita boleh tak. Produk sampah macam ni pun ada tiruan? Biar logik kat akal tu.

3. ‘Ni mesti kurang minum air’

Minum lah air bergelen sampai jadi ‘water intoxication’ pun, dos ‘racun’ yang ditelan tetap sama. Tu asas belajar kimia.

Tak tahu takpe, tanya ahlinya, bukan bani jamu. Jangan asyik buat pernyataan yang memang nampak tak cerdik. Kasihan ok.

4. ‘Haid saya ok je lepas ambil jamu ni’

Yelah. Sebab bahan dalam maajun tu katanya ada kacip fatimah. Kacip fatimah secara alaminya memang ada bahan aktif yang seiras adik beradik hormon oestrogen.

Kita tak tahu berapa dos dalam tu. Pengambilan oestrogen berterusan tanpa pemantauan doktor, tanpa kehadiran progesterone, meningkatkan risiko barah payu dara & rahim.

Liciknya tuan punya produk, eloklah pakat semua kena tipu.

5. ‘Ni nak jatuhkan bisnes Melayu la ni’

ni lagi satu. Apa punya kenyataan mengarut ni. Hanya sebab tuan punya produk tu Melayu, jual produk macam ni pun kita kena sokong ke? Biar benar?

Ni nak buat penghapusan etnik ke apa? Punyalah kan singkatnya pemikiran kita.

6. ‘MAB tu kan produk herba, tradisional, mana ada bahan kimia’

Belajar tak habis, tolong jangan komen macam ni. Air pun bahan kimia la. Yang bezakan bahan tu selamat ke tak, ialah dosnya. Siapa kata yang tradisional tu selamat? Bab ni pun saya dah kupas sampai naik bosan.

7. ‘Ilmu Allah luas. Doktor bukan tahu semua’

Ni memang minta kena sekeh. Memang la ilmu Allah luas. Sebab tu setiap orang kemahiran dan penguasaan ilmunya berbeza.

Takkan nak baiki kereta rosak pergi cari tukang jahit baju. Landasan ilmu pun bani jamu ni tak faham, sempadan semua main sondol, lagi mahu cakap banyak.

Ayat ‘clichè’ macam ni memang geli geleman saya baca.

JAMU JENAMA APA PUN MEMANG TAK PAYAH AMBIL. Berdaftar ke tak, tak perlu ambil. Saya dah ulas berjela-jela sebelum ni.

Masalahnya, terlalu ramai netizen ni malas baca. Kalau baca pun, tak nak hadam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...