Pengguna Android Pun Boleh Cari Telefon Yang Dicuri / Hilang, Macam Ini Caranya..

Trending

Pengguna Android Pun Boleh Cari Telefon Yang Dicuri / Hilang, Macam Ini Caranya..

Alkisahnya pagi ni cari telefon tak jumpa. Dah syak ada di kedai makan semalam. Keadaan handphone, bateri ada 20%. Dan silent. Adoi…

Advertisement

Encik husband pun suruh cari guna google…

Dalam gambar ni ada cara-caranya senang je. Ada juga captionnya sekiranya diperlukan. Kena SIGN IN EMAIL yang sama dengan email handphone dulu baru mulakan step-stepnya ya.

Kalau handphone silent pun, dia akan bunyi. Kalau handphone di set bunyi tapi bunyi manja-manja, kita tekan ring tu,Bunyi handphone akan pegi volume paling kuat. Ini bagi membantu golongan-golongan yang kurang pendengarannya.

Kalau on location, boleh detect katne.

Mungkin acik ketinggalan zaman agaknya. Baru tahu alam siber teknologi terkini. Kejayaan semakin hampiri. Biar di desa atau di kota. Kita semua pasti merasa bangga. Ehhhh

Kalau dah buat tak jumpa juga, korek tabung la jawabnya. Tapi pantangnya, jangan tabung kita. Tabung si dia. Barulah tak hilang lagi orang tua-tua kata. haha

Ok, dah boleh sepahkan handphone sekarang. Tapi pastikan bateri banyak ok.

1. Taip “Detect my handphone”

Kalau handphone boleh, cari asben boleh tak ek guna ni? Haha… manelah tahu gi karaoke kan…

2. Pilih yang ni, ‘Find your phone – My Account Google’

3. Pilih sama ada telefon atau tablet

4. Ok… boleh pilih nak ring atau locate.

Kalau ring, handphone terus bunyi sekuat-kuatnya seolah-olah cakap “AKU KAT SINI! AKU KAT SINI!”

5. Tekan locate best juga… tapi kalau tak on location, errrr errrrr… tak tahulah leh dapat ke tak…

6. Ok… tekan Accept la kan…

Tengok… dia dah warning awal-awal… kalau rasa handphone kene curi, bawa polis. Jangan memandai pergi cari sendiri. Bahaya!

7. Kalau pilih play sound ni, auto telefon berbunyi 5 minit tanpa henti. Panjang masa nak cari handphone tu…

Siap ada tulis handphone tu guna router nama ape.

Jadi kita boleh agak kat mana enset tu. Kalau kat gambar ni… tulis “zaliasma”… hahaha… sah kat umah. Tak payah tekan location pun tahu… haha… kat kedai makan konon…Kalau on location, memang jelas terang nyata ditunjukkan lokasi handphone tu tau.

Tapi kalau masih tak jumpa, cari di kedai telefon. Comfirm jumpa lah! Tapi pantang dia, sebelum tu kena pecah tabung si dia dulu… kih3… kalau langgar pantang, ilmu tak jadi.

Kredit : Asma Nabihah Zali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...