Pengguna Android Boleh ‘Share Location’ Menerusi Aplikasi Google Find My Device

Teknologi

Pengguna Android Boleh ‘Share Location’ Menerusi Aplikasi Google Find My Device

Memetik Amanz, Google Find My Device telah mengalami peningkatan ketara sejak tahun lalu. Kini, ia berfungsi hampir serupa dengan Apple Find My, di mana pengguna peranti Android dengan akaun Google boleh berperanan sebagai nod carian untuk membantu mengesan peranti atau objek pengguna lain.

Terbaru, Google mengikuti jejak langkah Apple dengan membolehkan pengguna berkongsi lokasi mereka dengan individu yang dipercayai.

Advertisement

google find my device sudah boleh digunapakai

Selepas aplikasi Find My Device dikemas kini, pengguna akan melihat paparan dwi-tetingkap yang memaparkan peta di bahagian atas dan senarai peranti di bawah.

Kemas kini ini turut memperkenalkan tab baharu bernama (People), yang kini berada dalam fasa beta tetapi sudah boleh digunakan. Sebenarnya, ciri perkongsian lokasi ini telah lama tersedia dalam Google Maps, tetapi kini ia disatukan dalam Find My Device untuk kemudahan pengguna. Lokasi yang telah dikongsi sebelum ini juga masih boleh diakses selagi ia masih aktif.

Google find my devices

Di tab (People) terdapat dua kategori utama; ‘Shared With You’ dan ‘You Shared With’. Satu kategori menunjukkan lokasi pengguna lain yang berkongsi lokasi mereka dengan anda, manakala satu lagi membolehkan anda memantau lokasi yang anda kongsikan kepada orang lain.

Apabila ditekan, pengguna akan dibawa ke laman khas yang memaparkan alamat dan pautan untuk mendapatkan arah ke lokasi tersebut.

Google find my device

Ciri ini sangat berguna, terutama bagi kumpulan yang mengembara ke luar negara atau bagi ahli keluarga serta orang tersayang untuk memastikan keselamatan dan mengetahui keberadaan masing-masing. Ia boleh diaktifkan dengan hanya mengemas kini aplikasi Find My Device melalui Play Store.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

intel new CEO
3 days ago

Dari Muar Ke Mata Dunia, Syarikat Gergasi Intel Lantik Lip- Bu Tan Sebagai CEO

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Amanz

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...