Penggemar Makanan Pedas? Ambil 4 Bahan Ini Untuk Legakan Lidah Yang ‘Kebas Terbakar’

Kehidupan

Penggemar Makanan Pedas? Ambil 4 Bahan Ini Untuk Legakan Lidah Yang ‘Kebas Terbakar’

Di Malaysia, makanan pedas sering kali dijadikan hidangan utama dalam masakan. Sepertinya makanan yang mempunyai tahap kepedasan berbeza ini sudah menjadi kebiasaan atau trend masa kini. Betul tak?

Bila dah makan makanan yang banyak cili ni, mesti lidah terus jadi panas kan, cepat-cepat kita ambil air sejuk untuk hilangkan rasa ‘kebas terbakar’ itu.

Advertisement

Pun begitu, sebenarnya ada bahan yang lebih efektif untuk melegakan rasa pedas ini tau. Jimat dan paling penting mudah didapati. Jom kita lihat satu-persatu.

SUSU

1. Susu

Bahan ni memang magic! Untuk pengetahuan korang, sedikit tegukan susu atau satu sudu yogurt mampu melegakan rasa kepedasan yang anda alami secara cepat berbanding air sejuk.

Ini kerana terdapat kandungan protein yang dipanggil ‘caesin’ membantu membuang bahan ‘capsaicin’ sekali gus meredakan kesan sampingan ketika anda makan makanan pedas.

MADU

2. Madu

Jika manisan lain membawa kesan buruk yang banyak, namun madu ini pula banyak khasiatnya jika betul cara pengambilannya.

Tidak semestinya makanan manis yang lain mampu mengatasi kepedasan yang anda alami. Tetapi madu adalah bahan yang boleh mengurangkan tahap kepedasan dalam mulut anda dengan pantas.

Madu akan bertindak untuk menyerap minyak cili atau rempah yang ada dalam makanan tersebut bagi menghilangkan rasa pedas yang berlebihan.

MAKANAN BERKANJI

3. Makanan Berkanji

Sekiranya tiada susu atau madu, makanan berkanji seperti roti putih dan kentang boleh bertindak sebagai penghalang di antara ‘capsaicin’ dan mulut anda, agar rasa pedas tersebut tidak kembali.

Selain itu, nasi adalah bahan paling mudah serta mampu melegakan rasa ‘panas’ di dalam mulut.

LEMON DAN TOMATO

4. Tomato & Lemon

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa buah tomato dan lemon mempunyai kelebihan untuk menghilangkan asid rasa pedas yang berada dalam mulut anda.

Gigit tomato atau jadikannya sebagai jus untuk meredakannya dengan cepat.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...