Pengganas Rakam Live Ketika Serang Masjid Di New Zealand

Trending

Pengganas Rakam Live Ketika Serang Masjid Di New Zealand

Tragedi pengganas yang melepaskan tembakan rambang di dua lokasi masjid di Christchurch, New Zealand menyebabkan sejumlah besar mangsa terbunuh.

Advertisement

Angka korban insiden berdarah itu sudah meningkat kepada 49 orang. Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush.

Terbaru, sebuah video di media sosial dimana pengganas serangan tersebut dikenali sebagai Brenton Tarrant telah melakukan ‘live stream’ di Facebook ketika melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah jemaah masjid.

Rakaman dimulakan di dalam kereta sebelum suspek keluar menuju ke masjid memegang senjata api yang besar dan melepaskan tembakan secara ekstrim tanpa belas kasihan.

Dalam satu kenyataan kepada media, seorang saksi berkata dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira jam 1.45 tengah hari waktu tempatan dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan selepas itu. Orang ramai dilihat bertempiaran lari keluar dari masjid dalam keadaan ketakutan.


Polis mengesahkan seorang lelaki sudah ditangkap tidak lama selepas serangan itu berlaku tetapi tidak dapat dipastikan sama ada suspek tersebut adalah lelaki dalam video berkenaan.

Seorang rakyat Malaysia juga  disahkan cedera di dalam kejadian tembakan di Christchurch. Menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington, mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital.

Sumber Berita : The Sun UK & Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...