Penggambaran Drama Terpaksa Ditangguh, Sheila Rusly Akur -” Alif Satar Menangis Minta Maaf Setiap Hari..”

Hiburan

Penggambaran Drama Terpaksa Ditangguh, Sheila Rusly Akur -” Alif Satar Menangis Minta Maaf Setiap Hari..”

Pelakon dan penerbit JS Pictures Sdn Bhd, Sheila Rusly berasa akur apabila penggambaran drama Penjara Janji yang hanya berbaki 10 peratus terpaksa ditunda gara-gara watak utama yang disandang oleh Alif Satar telah disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Menurut Sheila, dia terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan penggambaran drama tersebut kerana tidak mahu menanggung risiko dan mempertaruhkan nyawa artis dan kru produksi yang terlibat meskipun terpaksa menanggung kos akibat penangguhan tersebut.

Advertisement

“Ujian saringan perlu dilakukan kerana artis dan kru yang terlibat mempunyai kontak rapat Alif. Saya dimaklumkan ada kru sudahpun dihubungi KKM untuk menjalani ujian dan selebihnya menanti giliran. Tak dinafikan, ia menganggu proses penggambaran. Semua ini juga membabitkan kos dan saya tak nafikan, syarikat produksi mengalami kerugian,”

Ujarnya lagi, Alif sering menghubunginya menerusi aplikasi Facetime kerana ingin meminta maaf berkali-kali sambil menangis hampir setiap hari kerana menganggap dirinya telah menyusahkan banyak pihak.

Namun, dia menyedari bukanlah kehendak Alif untuk dijangkiti wabak berkenaan kerana sentiasa melihat pelakon itu sangat menjaga diri dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang menjalani penggambaran.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Bagi Sheila lagi, perkara sudah pun terjadi dan tiada guna jika dia marah atau mengamuk. Tambahan pula ini bukanlah kali pertama dia bekerjasama dengan Alif dan Sheila turut menganggap pelakon tersebut sangat komited dengan kerjaya dan tidak pernah membawa masalah kepada kru produksi.

Dia dalam pada itu turut mendoakan agar Alif cepat sembuh dan berharap tidak ramai petugas produksi dijangkiti penyakit itu kerana ingin segera menyelesaikan baki penggambaran drama tersebut.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...